Jamal Yunos kembali diserang Kanser tahap 4, kini ‘rapat’ jalani rawatan

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos kini menjalani rawatan akibat kanser paru-paru tahap empat yang kembali menyerang di Pusat Perubatan Prince Court, di sini.

Anaknya, Amin Daniel Jamal, 22 memaklumkan kanser dihidapi bapanya sejak dua tahun lalu menyerang kembali, meskipun sedang mengambil ubat-ubatan.

“Kali ini sel kanser itu menyerang organ pernafasan. Terdahulu, bapa saya dirawat di sebuah pusat perubatan swasta selepas mengadu sakit dada dan mengalami kesukaran bernafas sebelum dimaklumkan kansernya kembali menyerang.

“Beliau juga mendapat rawatan dengan mengambil ubat-ubatan dari luar negara, namun kansernya kembali,” katanya hari ini.

Jamal dilaporkan berada dalam keadaan lemah dan kehilangan berat badan ketara disebabkan keadaan kesihatannya yang merosot.

Pada September tahun lalu, Jamal dimasukkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri di suatu majlis anjuran UMNO dan dikaitkan mengalami keracunan makanan.

Mengulas lanjut, Amin Daniel, berkata bapanya kini sedang mendapatkan rawatan dan berehat di hospital swasta.

Berikutan keadaan bapanya yang belum sepenuhnya pulih, katanya, keluarga berharap dapat diberikan ruang berehat sehingga keadaannya kembali stabil.

“Buat masa ini, kami memohon diberikan ruang dan privasi kepada bapa saya kerana beliau masih menjalani rawatan berikutan tekanan mental berkaitan penyakitnya.

“Kami memohon doa daripada orang ramai, rakan dan kenalannya agar sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesembuhannya supaya kembali sihat,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker