Israel bedil seluruh Gaza, tidak peduli bantahan antarabangsa

Israel bedil seluruh Gaza, tidak peduli bantahan antarabangsa

Israel kini sudah mengebom keseluruhan Semenanjung Gaza hingga meragut nyawa penduduk yang berada di rumah di kawasan yang diberi jaminan oleh regim Zionis sendiri sebagai zon bebas perang.

Bedilan diteruskan walaupun Washington dan majoriti masyarakat antarabangsa kini mendesak Israel menghentikan serangan bagi membincangkan bagaimana orang awam boleh dilindungi dengan lebih baik dalam perangnya terhadap Hamas.

The New York Times, memetik pegawai Amerika Syarikat (AS) yang tidak dikenali, melaporkan Rumah Putih memberitahu Israel supaya menamatkan kempen serangan darat berskala besar di Gaza menjelang akhir tahun.

Menurut laporan sama, tentera Israel disyorkan beralih ke fasa yang lebih bersasar menggunakan pasukan komando elit.

Sebaliknya, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, tetap menolak rayuan untuk gencatan senjata walaupun kesan perang kelihatan semakin teruk termasuk bagi pihak tenteranya sendiri.

Washington sejak dahulu kerap menyediakan perlindungan diplomatik untuk sekutu lamanya tetapi kini menyatakan kebimbangan yang semakin meningkat, dengan Presiden AS, Joe Biden, menegur Israel kerana mengebom ‘secara sembarangan’.

Berdasarkan penilaian perisikan AS yang dilaporkan oleh CNN, kira-kira 45 peratus daripada 29,000 bom udara-ke-darat dijatuhkan oleh Israel di Gaza sejak 7 Oktober disifatkan sebagai ‘bom bodoh’ atau tidak kena pada sasaran.

Susulan gesaan itu, Menteri Pertanian, Avi Dichter, yang juga anggota Kabinet Perang Israel dan parti Likud Netanyahu, menolak permintaan Biden.

“Tiada ungkapan seperti ‘bom bodoh’. Sesetengah bom dijatuhkan dengan lebih tepat, sesetengah bom kurang tepat, namun kebanyakan juruterbang kita menjatuhkannya dengan tepat,” katanya kepada Radio Tentera.

Malah, Israel melanjutkan lagi kempen daratnya dari utara ke selatan dalam bulan ini, dengan sasaran serbuan tenteranya sampai ke segenap pelosok Gaza.

Di bandar utama di selatan, Khan Younis, di mana tentera Israel sedang mara, seluruh blok bandar itu dibom hingga menjadi musnah sama sekali dan satu daripada empat mayat ditemui di bawah runtuhan.

Di utara, pertempuran semakin meningkat walaupun selepas Israel mengumumkan tenteranya sudah menyelesaikan sebahagian besar objektif ketenteraan mereka bulan lalu.

Tentera Israel berkata, mereka berjaya membongkar tapak operasi Hamas di sebuah sekolah di kawasan Shejaia dan memusnahkan dua terowong, lubang pelancaran roket dan kemudahan penyimpanan senjata di Khan Younis.

Di tempat lain di utara Jabalia, Kementerian Kesihatan Gaza berkata, tentera Israel menyerbu hospital, menahan dan mendera kakitangan perubatan serta menghalang mereka daripada merawat pesakit yang cedera, menyebabkan dua daripadanya maut.

Pertempuran juga semakin sengit di Tebing Barat yang diduduki Israel, di mana serbuan tentera semakin kerap dan lebih ramai mangsa terbunuh atau cedera. BH

Israel bedil seluruh Gaza, tidak peduli bantahan antarabangsa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker