Noor Azmi akhirnya hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah
Noor Azmi akhirnya hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah
Seremban: Selepas dua kali gagal hadir dan dikeluarkan waran tangkap, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pertang, Noor Azmi Yusof, 56, akhirnya tampil di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini, bagi menghadiri kes pengesahan nikah dengan bekas isteri keduanya.
Terdahulu, Hakim Ruzita Ramli terpaksa menangguhkan prosiding selama 15 minit selepas Noor Azmi tidak muncul dan hanya diwakili peguam Asmawi Ismail.
Ruzita tidak menerima alasan peguam yang memaklumkan anak guamnya baru pulang dari menunaikan umrah dan menganggap tindakannya gagal hadir sebagai tidak menghormati mahkamah.
“Saya arahkan waran tangkapkan? Hari ini perlu hadir, saya dah arahkan hadir, perlu hadir. Saya tidak mahu dengar alasan.
“Jadi dia hadir atau tidak? Kenapa peguam tidak pastikan dia hadir bersama-sama peguam? Peguam tak boleh hormati mahkamah, bagaimana masyarakat nak hormati mahkamah?,” katanya.
Asmawi kemudian mengakui Noor Azmi hadir dan meminta prosiding ditangguhkan selama 15 minit.
Ruzita turut menegaskan mahu prosiding kes itu dijalankan dan tidak ditangguhkan lagi kerana ia membuang masa mahkamah dan pihak-pihak lain.
Sejurus bersambung, Noor Azmi memohon kepada mahkamah agar prosiding kes itu dijalankan secara tertutup.
Sementara itu, bekas isterinya, Norhaya Ramli, 50, ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia lega kerana Noor Azmi mengakui dan mengesahkan pernikahan mereka berlangsung di sebuah resort di Seremban pada 28 Julai lalu.
“Saya lega kerana dia akhirnya hadir selepas cuba mengelak beberapa kali. Saya hanya mahu kerjasama daripadanya saja untuk mengesahkan pernikahan kami.
“Lagi pun dia telah ceraikan saya melalui WhatsApp pada 17 Ogos lalu,” katanya.
Pada 30 Oktober lalu, media melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap terhadap Noor Azmi kerana gagal hadir ke mahkamah untuk pengesahan nikahnya bersama bekas isteri kedua yang dilangsungkan pada 27 Julai lalu.
Ruzita mengeluarkan arahan berkenaan selepas Noor Azmi tidak hadir pada prosiding itu. HM
Noor Azmi akhirnya hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah
Baca Artikel Menarik:
- Biodata Amir Hamzah Azizan
- Pembantu MB Selangor akan didakwa berkait hantaran tuju Yang di-Pertua Melaka
- Khaled terkejut bertukar portfolio
- Komitmen terlalu tinggi hingga terlupa nak kahwin
- Saya ditempatkan di asrama perempuan
- Angeline Tan rasa tenang di Tanah Suci
- Alif Satar dedah sebab anjur #GengSubuhMacamJumaat
- PM bukan Melayu, Polis mulakan siasatan terhadap Kit Siang
- Doktor tidak profesional diberi teguran oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak
- Ajal terkena renjatan elektrik ketika buat sarang burung layang-layang
- Akauntan disyaki dibunuh, mayat ditemui di tepi jalan
- Sokong Anwar, Rosol dakwa masih setia dengan Bersatu
- Sokongan terhadap Anwar! Murshidul Am beri peringatan tentang ‘baiah’ wakil rakyat
- Buka aib sendiri, boleh ke?
- Mimi Lana, Syafiq Kyle jadi kahwin tak?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.