ECRL: 157 penduduk Desa Mukmin terima ex-gratia
GOMBAK – Seramai 157 penduduk Desa Mukmin di sini yang terlibat dalam jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menerima ex-gratia.
Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama Malaysia Railway Link (MRL) menawarkan bayaran ganti rugi kepada pemilik dan penyewa yang diminta mengosongkan kediaman sebelum 15 Januari depan.
Menurutnya, pembayaran tersebut melibatkan kos perpindahan sebanyak RM3,000 selain kos sewa bulanan RM1,500 bagi tempoh 24 bulan selain ganti rugi kos struktur yang terlibat.
“Penerima turut diberikan tawaran rumah Rumah Selangorku (RSKU) di Bandar Tasik Puteri yang tersedia sebanyak 49 unit berharga RM79,000.
“Selain itu, penerima turut diberi pilihan untuk program SmartSewa di dua kawasan membabitkan 40 unit di Blok Temenggung dan 240 unit di Sri Damai,” katanya pada Majlis Penyerahan Ex-Gratia Projek ECRL Desa Mukmin di Dewan Beringin Sri Gombak pada Khamis.
Pada majlis sama turut diadakan penyampaian sumbangan bencana daerah Gombak membabitkan 107 penerima terdiri mangsa banjir, tanah runtuh dan ribut dalam kejadian Oktober lalu.
Borhan berkata, penerima ex-gratia dinilai menerusi bancian oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Selangor pada 21 November lalu.
“Bancian tersebut mengesahkan 135 struktur terlibat dalam jajaran ECRL di Desa Mukmin.
“Dalam senarai tersebut, kesemua 135 struktur ini melibatkan seramai 157 orang ketua isi rumah,” tambah beliau.
Justeru katanya, ex-gratia tersebut diharap dapat membantu meringankan beban dan mempermudahkan proses pemindahan penduduk terlibat.
“Arahan pengosongan tapak juga telah dikeluarkan oleh JKPTG Selangor dan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak pada Rabu (13 Disember 2023) dan diberi tempoh sebelum 15 Januari 2024 untuk memberi laluan kepada kerja-kerja awalan oleh MRL.
“Kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada semua penduduk yang memberikan kerjasama bagi memberi laluan projek ini diteruskan.
“Tentu sekali pemindahan ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun memberi impak kepada pembangunan negeri Selangor. Kerajaan Selangor yakin bahawa projek ini akan memberikan manfaat yang lebih menyeluruh bukan sahaja kepada penduduk setempat, malah kepada rakyat Malaysia secara amnya,”katanya.
Sementara itu, seorang penduduk yang ditemui, Mohd Akhir Zakaria, 60, berkata, pihaknya akur dengan arahan pengosongan tersebut demi pembangunan negara.
“Ura-ura projek ECRL yang akan memerlukan penduduk untuk berpindah sudah lama didengar, jadi dalam tempoh itu memang sudah bersiap sedia untuk hadapi sebarang kemungkinan.
“Pada saya projek ini demi pembangunan negara jadi kita sebagai rakyat kena beransur (mengalah),” katanya yang telah 30 tahun tinggal di Kampung Desa Mukin.
Seorang lagi penduduk, Fazrul Hadi Jonedi, 22, berkata, dia telah mempunyai perancangan untuk mengosongkan kediaman dan bantuan RM3,000 diterima bagi tujuan tersebut sangat membantu mengurangkan beban penduduk.
“Penduduk ada diberikan dua tawaran rumah dan saya pilih untuk terima unit berdekatan dengan tempat kerja iaitu di Batu Caves.
“Kos rumah difahamkan bernilai bawah RM100,000 dan dijangka siap dalam tempoh setahun. Buat sementara waktu akan mencari rumah sewa yang kos akan ditanggung menerusi ex-gratia yang diterima,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Biodata Amir Hamzah Azizan
- Pembantu MB Selangor akan didakwa berkait hantaran tuju Yang di-Pertua Melaka
- Khaled terkejut bertukar portfolio
- Komitmen terlalu tinggi hingga terlupa nak kahwin
- Saya ditempatkan di asrama perempuan
- Angeline Tan rasa tenang di Tanah Suci
- Alif Satar dedah sebab anjur #GengSubuhMacamJumaat
- PM bukan Melayu, Polis mulakan siasatan terhadap Kit Siang
- Doktor tidak profesional diberi teguran oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak
- Ajal terkena renjatan elektrik ketika buat sarang burung layang-layang
- Akauntan disyaki dibunuh, mayat ditemui di tepi jalan
- Sokong Anwar, Rosol dakwa masih setia dengan Bersatu
- Sokongan terhadap Anwar! Murshidul Am beri peringatan tentang ‘baiah’ wakil rakyat
- Buka aib sendiri, boleh ke?
- Mimi Lana, Syafiq Kyle jadi kahwin tak?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.