Pengasuh dera kanak-kanak di Sikamat, polis sahkan sudah terima laporan

SEREMBAN: Polis menerima laporan berhubung kejadian penderaan kanak-kanak lelaki berusia setahun di Sikamat seperti yang tular di media sosial, kata Timbalan Ketua Polis Seremban Rosli Ishak.

Beliau berkata pihaknya telah mengesan satu kenyataan tular di aplikasi Instagram oleh pemilik akaun @faradelyn.aris, yang mendakwa anaknya didera oleh pengasuh.

“Semakan pihak polis mendapati satu laporan polis diterima pada 7 Dis lepas berkaitan kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Rosli berkata orang ramai diingatkan tidak terlibat dalam apa-apa bentuk penganiayaan atau pengabaian ke atas kanak-kanak.

Dalam pada itu, pemilik akaun Instagram @faradelyn.aris mendakwa ketika sedang menukar lampin, suaminya melihat banyak kesan lebam di belakang badan anaknya itu pada 5 Dis.

Menurut ibu mangsa itu, mereka menghantar anaknya itu kepada pengasuh tersebut baharu tiga bulan dan selama tempoh tersebut, dia mendapati terdapat kesan lebam pada badan anak tetapi tidak dimaklumkan oleh pengasuh berkenaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker