Ops Pondan: ‘JAIPk tidak akan sesekali akan biar LGBT ‘peraga diri’

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) tidak akan berdiam diri dan membiarkan golongan LGBT terus melakukan aktiviti tidak bermoral kerana ia perbuatan dikutuk agama.

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim, berkata pihaknya perlu mengambil tindakan jika kumpulan itu bertindak “memperagakan diri” dengan melakukan aktiviti tidak bermoral.

“LGBT tak sesuai dengan budaya kita di sini. Budaya LGBT ini ditentang keras, kita ada kisah dalam al-Quran, kisah kaum Luth dan sebagainya,” katanya kepada FMT.

Harith mengulas kenyataan Justice for Sisters (JSF), yang mengecam penahanan lima individu transgender di Ipoh dalam operasi dinamakan “Op Cegah Pondan” oleh JAIPk baru-baru ini.

Terdahulu, JAIPk berkata Seksyen 55 Enakmen Undang-Undang Syariah Perak menyatakan bahawa lelaki yang berpakaian serta berkelakuan seperti wanita di tempat awam untuk tujuan maksiat boleh didenda RM1,000, penjara enam bulan atau kedua-duanya.

Mengulas lanjut, Harith mengakui terdapat kesilapan ketika penahanan tersebut kerana lima individu warga Thailand itu bukan beragama Islam.

“Bagaimanapun semua mereka dibebaskan selepas pemeriksaan pengenalan diri. Bawah (Enakmen Undang-undang Syariah Perak) hanya orang Islam sahaja kita boleh ambil tindakan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker