Johari kekal ketuai Jawatankuasa 1MDB

Johari kekal ketuai Jawatankuasa 1MDB

Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Abdul Ghani akan terus mengetuai pasukan petugas bagi menyelesaikan beberapa isu membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Insya-Allah, buat masa sekarang saya masih (ketuai jawatankuasa 1MDB),” katanya ketika diminta mengulas kedudukan dalam jawatan kuasa 1MDB selepas dilantik menganggotai kabinet kerajaan perpaduan, semalam.



Terdahulu, Johari memulakan hari pertama dengan ‘Clock-in’ di Ibu Pejabat Kementerian Perladangan dan Komoditi di Putrajaya bersama-sama timbalannya, Chan Foong Hin.

Rombakan kabinet semalam menyaksikan pelantikan Johari ke kementerian berkenaan.

Ia ekoran penyandang sebelum ini iaitu Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof dilantik sebagai Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta bertanggungjawab kepada Sabah dan Sarawak.

Mengulas lanjut sekiranya ada calon penggantinya dalam jawatan kuasa 1MDB, Johari berkata perkara itu akan diteliti kemudian.



“Tengoklah nanti kalau ada berani buat, buatlah,” katanya berseloroh.

Berhubung permohonan untuk timbang tara pelaksanaan perjanjian penyelesaian antara kerajaan Malaysia, 1MDB dan Goldman Sachs Group Inc (Goldman Sachs), Johari berkata pihaknya masih memantau perkembangan berkenaan.

“Kita ada pertikaian sebab dia (Goldman) tidak memenuhi perjanjian penyelesaian yang telah ditandatangani pada tahun 2020.

“Kemudian apabila saya jadi pengerusi saya tengok saya cakap tidak, dia (Goldman) perlu bayar mengikut perjanjian yang kita buat.



“Tapi malangnya selepas empat kali kita bagi penangguhan kepada mereka, dia tidak masih tidak mahu bayar bayaran pertama bayaran iaitu AS$250 juta,” katanya.

Pada 11 Okt lalu, Goldman Sachs menamakan kerajaan Malaysia sebagai responden dalam satu permohonan untuk timbang tara yang difailkan di Pendaftar Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa (LCIA).

Permohonan untuk timbang tara itu adalah bagi mendapatkan relif-relif tertentu yang dikatakan berbangkit daripada pelaksanaan perjanjian penyelesaian bertarikh 18 Ogos 2020 yang dimeterai antara Malaysia, 1MDB dan Goldman Sachs.

November lalu, Jabatan Peguam Negara memfailkan balasan kepada LCIA berhubung permohonan untuk timbang tara berkenaan.



Tindakan itu dilakukan berdasarkan Artikel 2.1 Peraturan LCIA, iaitu kerajaan Malaysia hendaklah memfailkan balasan (Response) kepada Pendaftar Mahkamah LCIA dalam tempoh 28 hari daripada tarikh permohonan untuk timbang tara terbabit difailkan. Mk

Johari kekal ketuai Jawatankuasa 1MDB

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker