15 MP tumbang, Speaker wajibkan semua jalani pemeriksaan

15 MP tumbang, Speaker wajibkan semua jalani pemeriksaan

Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Beliau berkata ia susulan saranan yang dibuat kepada Kementerian Kesihatan (KKM) supaya pemeriksaan kesihatan secara tetap perlu dibuat terhadap semua Ahli Parlimen demi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan baik.



“Saya amat prihatin dan mengambil berat terhadap tahap kesihatan melibatkan Ahli Yang Berhormat di dalam dan di luar Dewan Rakyat malahan terdapat kes yang menyebabkan kematian.

“… sehubungan itu, surat pelaksanaan pemeriksaan kesihatan kepada Ahli Yang Berhormat telah diedarkan kepada semua Ahli Yang Berhormat semalam, 12 Sept 2023,” katanya dalam pemakluman semasa sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan kesihatan ini boleh dilaksanakan di Klinik Kesihatan Parlimen Malaysia atau di klinik kesihatan atau fasiliti swasta seperti yang diperincikan dalam surat itu dan tarikh akhir bagi menjalani pemeriksaan kesihatan ialah pada 31 Okt ini.

Johari berkata beliau telah menyaksikan kira-kira 11 Ahli Parlimen ‘tumbang’ sepanjang tempoh 15 tahun, justeru, beliau meminta wakil rakyat supaya mengambil serius isu kesihatan mereka. Mk



15 MP tumbang, Speaker wajibkan semua jalani pemeriksaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang



Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah



Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker