Tiada hujan, tapi banjir – Penduduk Bukit Changgang
Tiada hujan, tapi banjir – Penduduk Bukit Changgang
Banting: Penduduk Kampung Bukit Changgang di sini bimbang berikutan paras air yang bergenang di sekitar kawasan berkenaan yang terus meningkat walaupun keadaan cuaca baik sejak pagi tadi.
Suri rumah Hayati Daud, 60, berkata ketika berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang tengah hari tadi, air yang memasuki rumahnya berada pada paras sekitar 0.4 meter.
Beliau berkata air bah itu mulai meningkat sejak 6 pagi dan paras air dilihat terus naik pada sebelah petang ini.
“Melihat keadaan itu, mak cik dan suami serta anak terus berkemas dan meletakkan barang-barang di bahagian tinggi serta berpindah ke PPS terdekat. “Ini bukan pengalaman pertama, kami pernah kena lebih teruk banjir besar 2021, ia betul-betul menakutkan kerana waktu itu kami perlu meredah banjir tengah malam untuk selamatkan diri.
“Dalam rumah mak cik juga ada empat kanak-kanak di samping keadaan suami yang tidak sihat, kami juga risau jika ada haiwan berbisa atau apa-apa.
“Cuma banjir kali ini sedikit pelik, tiada hujan tetapi (paras) air naik,” katanya ketika ditemui pemberita di PPS berkenaan.
Hayati turut menceritakan keadaan kawasan tempat tinggalnya itu seakan terkepung setiap kali banjir melanda, malah sebelum ini khidmat bomba digunakan bagi mengeluarkan air yang bertakung itu.
Sementara itu Muhammad Firdanish Din, 17, pula memberitahu bahagian dapur dan perkarangan rumahnya mula dinaiki air sejak 7 pagi tadi.
“Pukul 1 pagi semalam air memang sudah naik di kawasan laman rumah, tidak sangka pagi ini paras air terus tinggi.
“Cuaca cerah pada sebelah siang (semalam) kecuali 7 malam tadi, hujan selama sejam.
“Petang ini air terus naik sehingga melepasi paras peha. Bahagian dapur dan belakang rumah sudah tenggelam. Mujur ruang tamu dan bilik berada di bahagian atas,” katanya yang akan berpindah ke PPS sekiranya keadaan semakin buruk.
Tinjauan di sekitar Kampung Bukit Changgang mendapati limpahan air berlaku di beberapa kawasan antaranya Jalan Tembaga, Perak Kiri, Emas Kiri dan Intan Kiri selain, penempatan yang berdekatan dengan parit.
Beberapa penduduk mendakwa kejadian limpahan air dari lombong dan sungai menyebabkan kawasan-kawasan berhampiran yang lebih rendah ditenggelami air walaupun hujan tidak begitu lebat sejak dua hari lepas.
Setakat ini 75 mangsa daripada 18 keluarga telah berpindah ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang. HM
Tiada hujan, tapi banjir – Penduduk Bukit Changgang
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu terkejut MP Gua Musang sokong Anwar lepas tolak habuan
- Graduan UniSZA sempat menatap wajah, cium ayah buat kali terakhir
- Bapa jenis apa rogol anak 105 kali
- Bomoh santau rogol remaja dalam tandas sehingga hamil
- Kapal Bersatu semakin tenggelam, siapa lagi?
- Peniaga Pasar Siti Khadijah bergaduh kerana berebut pelanggan
- Hari kemenangan Palestin akan tiba
- Boikot dosa dan maksiat yang paling utama untuk umat Islam?
- Apa jadi dengan Peja dan Chegu Bard?
- Najib, Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri
- MP dari PN sokong PM hanya taktik untuk dapatkan peruntukan
- Kekejaman Zionis: Konflik paling kejam, berdarah buat kanak-kanak zaman moden
- Bersatu cuba pancing Najib?
- Kaut hampir RM1 bilion, ‘Datuk Wira’ jadi scammer selama 16 tahu tipu mangsa pelaburan
- MP PAS bengang pas media rasmi wartawan Harakah dibatalkan kerajaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan
Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)
RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin
You must be logged in to post a comment.