Konflik Palestin-Israel: Jual rantai, sedekah pada anak yatim jika saya syahid
Wasiat seorang kanak-kanak Palestin berusia 11 tahun meruntun hati para pengguna media sosial hari ini apabila meninggalkan beberapa pesanan istimewa buat warisnya.
Menerusi ciapan @irfan_newboys di aplikasi X, kanak-kanak itu bernama Amira Talib Sheldan.
Di dalam wasiat itu, kanak-kanak itu meninggalkan pesanan agar duit hasil rantai leher dan subang telinganya yang dijual disedekahkan kepada anak yatim dan kanak-kanak yang memerlukan.
“Nama saya Amira Sheldan, berusia 11 tahun dan saya berharap akan mati syahid. Jika saya syahid, tolong jual rantai leher saya dan subang saya.
“Kemudian gunakan duit itu untuk sedekah kepada anak yatim dan kanak kanak yang memerlukan. Tolong ambil segala pakaian yang saya ada dan berikan kepada mereka,” tulisnya dalam surat itu.
Bukan itu sahaja, kanak-kanak perempuan itu juga menitipkan pesanan agar perigi air dapat dibina untuk rakyat Gaza yang dahagakan air.
“Kemudian, bina perigi air untuk mereka yang dahagakan air. Tolong doakan kebaikan dan rahmat kepada saya.
“Jika Karim syahid, saya nak dia ada di samping saya kerana saya sayangkan dia sangat-sangat,” luahnya.
Sehingga kini ciapan tersebut telah mendapat 7,500 ulang ciap dan 7,800 tanda suka.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar kanak-kanak itu diberi kerahmatan kerana memiliki hati yang sungguh mulia.
“Kalau ini yang dia nak, moga Allah makbulkan permintaan adik ini. Mereka semua dah rindukan syahid sebab untuk hidup lagi susah dengan tiada makanan dan air,” komen Mazween.
“Walaupun 11 tahun tapi dah matang. Dah fikir nak buat pahala berterusan walaupun dah tiada di dunia,” komen Sha.
“Kanak-kanak 11 tahun pun dah impikan syahid. Rasa tertampar diri ini, moga makbul doa kanak-kanak ini,” komen pengguna yang lain pula
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu terkejut MP Gua Musang sokong Anwar lepas tolak habuan
- Graduan UniSZA sempat menatap wajah, cium ayah buat kali terakhir
- Bapa jenis apa rogol anak 105 kali
- Bomoh santau rogol remaja dalam tandas sehingga hamil
- Kapal Bersatu semakin tenggelam, siapa lagi?
- Peniaga Pasar Siti Khadijah bergaduh kerana berebut pelanggan
- Hari kemenangan Palestin akan tiba
- Boikot dosa dan maksiat yang paling utama untuk umat Islam?
- Apa jadi dengan Peja dan Chegu Bard?
- Najib, Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri
- MP dari PN sokong PM hanya taktik untuk dapatkan peruntukan
- Kekejaman Zionis: Konflik paling kejam, berdarah buat kanak-kanak zaman moden
- Bersatu cuba pancing Najib?
- Kaut hampir RM1 bilion, ‘Datuk Wira’ jadi scammer selama 16 tahu tipu mangsa pelaburan
- MP PAS bengang pas media rasmi wartawan Harakah dibatalkan kerajaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)
RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin