Solat di atas tilam, sah atau tidak?
Solat di atas tilam, sah atau tidak?
Melihat pandangan kuat yang mengatakan dahi antara anggota penting dan wajib dalam solat, maka apa sahaja yang terhalang ketika dahi sujud ke bumi, maka solat seseorang itu dikira tidak sah. Hal ini bersandarkan suatu riwayat yang menceritakan, tatkala sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w apakah mereka boleh melapik dahi mereka ketika sujud kerana lantai yang panas, Nabi Muhammad s.a.w tidak mengizinkannya.
Dengan kata yang lain, tidak boleh sesuatu material yang melekat pada badan, menutupi tempat dahi sujud. Istilah melekat di badan ialah, apabila kita pakai di badan, dan berlaku pergerakan, seperti serban dan telekung, ia akan ikut sama. Berbeza dengan material yang tidak melekat di badan, seperti sejadah, permaidani atau apa sahaja yang menutupi bumi.
“Suatu perkara yang perlu ingat, ketika sujud, perlulah seseorang itu menekan sedikit kuat dahinya ke bumi dan bukan sekadar ibarat patukkan burung,” begitu yang disebut oleh Pensyarah Fiqh dan Usul, Akademi Islam Universiti Malaya (UM), Dr. Rushdi Ramli.
Berdasarkan penjelasan yang diberikan, maka sekiranya kedua-dua tapak tangan terlapik atau berlapik ketika sujud, maka ia tidak membatalkan solat. Jelas Dr. Rushdi, menurut pandangan Imam Syafie, ketika sujud, tidak wajib bagi seseorang membuka kedua-dua tapak tangan.
Dengan kata lain, boleh jika seseorang itu memakai sarung tangan apatah lagi apabila terhalang dek kain telekung. Cuma yang menjadi kewajipan hanyalah dahi yang tidak dihalang dengan sesuatu.
Solat atas tilam
Sekalipun agak terkeluar dari tajuk perbincangan, namun apabila ia turut membabitkan anggota-anggota sujud, maka persoalan ini turut dikemukakan. Ada pandangan yang mengatakan, solat di atas tilam menyebabkan tidak sah solat seseorang.
Alasannya, kedudukan tilam itu tidak rata dan anggota sujud tidak secara tetap dapat menekan ke bumi. Sekali lagi persoalannya, benar kah?
Menjelaskan persoalan tersebut, Dr. Rushdi berkata, solat di atas tilam bukanlah menjadi masalah serta penentu sah atau tidak solat seseorang. Ini kerana tiada dalil yang membincangkannya. Justeru, mengambil kira ia tidak pernah dibincangkan, maka ia menjadi harus.
Keadaan ini kata Rushdi lagi, samalah dengan situasi apabila seseorang itu terpaksa solat di atas kaki seseorang yang lain sebagaimana yang berlaku di Mekah. Ujarnya, keadaan yang sesak menyebabkan ada kalanya seseorang itu terpaksa sujud di atas kaki orang di hadapannya.
Yang penting tambahnya, tempat solat perlulah suci dari najis. Kalau di atas tilam itu najis, maka lapiklah dengan alas sama ada dengan karpet atau sejadah. Hal ini bersandarkan, asal hukum sesuatu itu adalah harus. Wallahu a’lam
Begitu juga, solat atas tilam tiada bezanya jika seseorang itu solat di atas karpet berbulu atau apa sahaja jenis kain hamparan. Malah Imam Syafie mengharuskannya. Bahkan tidak makruh selagi mana tempat tersebut suci. Wallahu a’lam Utv
Solat di atas tilam, sah atau tidak?
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu terkejut MP Gua Musang sokong Anwar lepas tolak habuan
- Graduan UniSZA sempat menatap wajah, cium ayah buat kali terakhir
- Bapa jenis apa rogol anak 105 kali
- Bomoh santau rogol remaja dalam tandas sehingga hamil
- Kapal Bersatu semakin tenggelam, siapa lagi?
- Peniaga Pasar Siti Khadijah bergaduh kerana berebut pelanggan
- Hari kemenangan Palestin akan tiba
- Boikot dosa dan maksiat yang paling utama untuk umat Islam?
- Apa jadi dengan Peja dan Chegu Bard?
- Najib, Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri
- MP dari PN sokong PM hanya taktik untuk dapatkan peruntukan
- Kekejaman Zionis: Konflik paling kejam, berdarah buat kanak-kanak zaman moden
- Bersatu cuba pancing Najib?
- Kaut hampir RM1 bilion, ‘Datuk Wira’ jadi scammer selama 16 tahu tipu mangsa pelaburan
- MP PAS bengang pas media rasmi wartawan Harakah dibatalkan kerajaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta
Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)
RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin