Kit Siang beri kata dua kepada Hadi Awang
Kit Siang beri kata dua kepada Hadi Awang
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, diberi tempoh 48 jam untuk mengemukakan bukti kenyataannya yang mendakwa DAP dan penasihat parti itu, Lim Kit Siang, bersikap anti-Islam.
Jika gagal mengemukakan bukti itu, Abdul Hadi dituntut menarik balik kenyataannya yang sebelum ini mendakwa DAP dan Kit Siang sebagai anti-Melayu, anti-Islam, anti-institusi raja, komunis dan menyebarkan Islamofobia.
Kit Siang berkata, jika gagal menarik balik kenyataan itu, beliau akan mempertimbangkan langkah mengheret Abdul Hadi ke mahkamah kerana memfitnah.
“Kejadian membabitkan Siti Mastura (Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad) telah memberi perspektif baharu kepada dakwaan liar dan tidak masuk akal oleh Abdul Hadi terhadap DAP.
“Bagaimanakah pemimpin lain parti politik itu boleh berbeza daripada presidennya yang membuat dakwaan liar dan tidak masuk akal tanpa sedikit bukti?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Siti Mastura dilaporkan turut mendakwa Kit Siang adalah sepupu dengan bekas perdana menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, dan bekas pemimpin komunis, mendiang Chin Peng.
Susulan kejadian itu, anak Kit Siang, Lim Guan Eng, memberi tempoh 48 jam kepada wakil rakyat PAS itu untuk membuktikan dakwaannya, dengan tempoh berakhir esok.
Guan Eng mendakwa, Siti Mastura membuat dakwaan itu terhadap dirinya dan bapanya, Kit Siang, serta Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, dan beberapa pemimpin DAP iaitu Nga Kor Ming, Teresa Kok dan Ngeh Koo Ham, ketika perhimpunan jentera PAS Kemaman di Terengganu pada Sabtu.
Sementara itu dalam Persidangan Dewan Rakyat semalam, Siti Mastura enggan memberikan ruang kepada beberapa Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) yang cuba mencelah bertanyakan mengenai tuduhan yang dilemparkan itu.
Ketika menyertai sesi perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara, Siti Mastura diasak empat pemimpin DAP iaitu Wong Shu Qi (PH-Kluang), Teresa Kok (PH-Seputeh), Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) dan Syahredzan Johan (PH-Bangi) berhubung perkara itu. BH
Kit Siang beri kata dua kepada Hadi Awang
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu terkejut MP Gua Musang sokong Anwar lepas tolak habuan
- Graduan UniSZA sempat menatap wajah, cium ayah buat kali terakhir
- Bapa jenis apa rogol anak 105 kali
- Bomoh santau rogol remaja dalam tandas sehingga hamil
- Kapal Bersatu semakin tenggelam, siapa lagi?
- Peniaga Pasar Siti Khadijah bergaduh kerana berebut pelanggan
- Hari kemenangan Palestin akan tiba
- Boikot dosa dan maksiat yang paling utama untuk umat Islam?
- Apa jadi dengan Peja dan Chegu Bard?
- Najib, Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri
- MP dari PN sokong PM hanya taktik untuk dapatkan peruntukan
- Kekejaman Zionis: Konflik paling kejam, berdarah buat kanak-kanak zaman moden
- Bersatu cuba pancing Najib?
- Kaut hampir RM1 bilion, ‘Datuk Wira’ jadi scammer selama 16 tahu tipu mangsa pelaburan
- MP PAS bengang pas media rasmi wartawan Harakah dibatalkan kerajaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan
Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)
RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin