Kalah jangan mengamuk – Jokowi
PEMILU 2024
Kalah jangan mengamuk – Jokowi
JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengingatkan para calon yang bertanding dalam Pilihan Raya 2024 (Pemilu) supaya tidak sombong sekiranya menang dan jangan ‘mengamuk’ apabila kalah.
Beliau menyampaikan perkara itu ketika berucap dalam majlis Sambutan Ulang Tahun ke-59 Parti Golkar di Jakarta, kelmarin.
“Kita kena ingat dari sekarang, kalau menang (dalam Pemilu) tahun depan, kita jangan sombong, bongkak.
“Begitu juga kalau kita kalah, jangan kita marah-marah, mengamuk sana sini,” katanya.
Bekas Gabenor Jakarta itu juga mengingatkan semua calon supaya sentiasa ingat matlamat pilihan raya, iaitu demi bangsa dan negara.
Katanya, Pemilu merupakan pertandingan antara keluarga sendiri dan sesama anak bangsa.
“Pemilu ini adalah pentas pertandingan antara anak bangsa Indonesia, jadi jangan ada sengketa, jangan ada hasad dengki, kita bertanding demi kesejahteraan negara dan masyarakat.
“Kita buat yang terbaik dan biar rakyat tentukan siapa pilihan mereka, usah ribut-ribut,” ujarnya.
Dalam pada itu, Jokowi memaklumkan terdapat ‘banyak drama’ sejak akhir-akhir ini sambil merujuk kepada situasi politik negara.
“Terlalu banyak sinetron kita lihat sejak kebelakangan ini dan saya ingin beritahu sekali lagi, Pemilu adalah medan pertandingan idea terbaik untuk dipilih rakyat.
“Bukannya tempat untuk bertanding perasaan, emosi siapa yang paling kuat, paling lantang,” ujarnya.
Jokowi dijadualkan tamat perkhidmatan sebagai Presiden Indonesia pada Oktober tahun depan. Utusan
Kalah jangan mengamuk – Jokowi
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu terkejut MP Gua Musang sokong Anwar lepas tolak habuan
- Graduan UniSZA sempat menatap wajah, cium ayah buat kali terakhir
- Bapa jenis apa rogol anak 105 kali
- Bomoh santau rogol remaja dalam tandas sehingga hamil
- Kapal Bersatu semakin tenggelam, siapa lagi?
- Peniaga Pasar Siti Khadijah bergaduh kerana berebut pelanggan
- Hari kemenangan Palestin akan tiba
- Boikot dosa dan maksiat yang paling utama untuk umat Islam?
- Apa jadi dengan Peja dan Chegu Bard?
- Najib, Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri
- MP dari PN sokong PM hanya taktik untuk dapatkan peruntukan
- Kekejaman Zionis: Konflik paling kejam, berdarah buat kanak-kanak zaman moden
- Bersatu cuba pancing Najib?
- Kaut hampir RM1 bilion, ‘Datuk Wira’ jadi scammer selama 16 tahu tipu mangsa pelaburan
- MP PAS bengang pas media rasmi wartawan Harakah dibatalkan kerajaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta
Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)
RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin