Dior gugurkan Bella Hadid dan ganti dengan model dari Israel

Jenama yang wajib diboikot

Dior gugurkan Bella Hadid dan ganti dengan model dari Israel

Jenama Mewah Dior dilihat telah menggantikan model berdarah diraja Palestin, Bella Hadid dengan model baharu dari Israel, May Tager dalam kempen terkini mereka.

Keputusan Dior itu telah mencetuskan perdebatan di media sosial dan turut trending di X. Rata-rate mengkritik tindakan Dior yang seolah-olah ‘sengaja’ memilih model dari Israel selepas mengetahui Bella seorang yang lantang bersuara dalam isu Palestin.



Bella Hadid adalah wajah untuk Dior Beauty sejak 2016. Bagaimanapun, dalam video koleksi pewangi baharu La Collection Privee, May Tager telah menjadi wajah baharu untuk koleksi tersebut dan mengukuhkan lagi dakwaan Bella Hadid tidak lagi bersama Dior.

🚨🇮🇱 Dior has REPLACED Bella Hadid with an ISRAELI model in their latest campaign.
This comes after Bella Hadid came out in support of Palestine. pic.twitter.com/EQ3d9oQF3S
— Jackson Hinkle 🇺🇸 (@jacksonhinklle) November 7, 2023

Jenama terkenal Dior, menggantikan
Bella Hadid yang berasal dari bumi Palestin dengan model Israel, May Tager sebagai duta jenama itu baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, Bella tetap berdiri teguh tetap slay tetap paling chantique dengan pendiriannya. pic.twitter.com/2ZtD2TK5os
— Yon (@Amrlamnnn) November 7, 2023



Bella Hadid merupakan antara selebriti dunia yang secara terang mengecam kekejaman rejim zionis. Beliau juga tidak takut menyatakan sokongannya itu di media walaupun berdepan risiko ditamatkan kontrak dengan jenama ternama dunia.

Bella pernah mengeluarkan kenyataan ini dalam satu perkongsiannya di Instagram, “Anda tidak mampu untuk tidak sensitif melihat kehidupan manusia dirampas. Anda tidak boleh. Kehidupan Palestin adalah kehidupan yang akan membantu mengubah dunia. Dan ia diambil dari kami dalam beberapa saat. #FreePalestine,” katanya.

“Saya sayang keluarga saya, saya suka warisan saya, saya suka Palestin. Saya akan tetap teguh untuk mengekalkan harapan mereka untuk tanah yang lebih baik di hati saya.

“Dunia yang lebih baik untuk orang-orang kita dan orang-orang di sekitar mereka. Mereka tidak akan dapat menghapuskan sejarah kita. Sejarah adalah sejarah!” tulisnya. Vc



Dior gugurkan Bella Hadid dan ganti dengan model dari Israel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan



Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)



RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker