Syaitan dan iblis pun tidak mampu melakukan perkara ini
Syaitan dan iblis pun tidak mampu melakukan perkara ini
Sujud merupakan salah satu rukun wajib di dalam solat di mana jika tidak dilaksanakan dengan sempurna maka tidak sah solatnya. Menyentuh mengenai hal ini, Pensyarah Fiqh dan Usul, Akademi Islam Universiti Malaya (UM), Dr. Rushdi Ramli menjelaskan, perbuatan sujud dalam solat adalah makam tertinggi di sisi Allah. Kenapa begitu?
Tanyalah mana-mana alim ulama, apa hukumnya jika seseorang meninggalkan sujud dalam solat? Dan jawapannya tentu tidak sah solat yang dilakukan. Ujar Dr. Rushdi, sekalipun dalam solat banyak lagi pergerakan-pergerakan yang dilakukan, namun apabila seseorang itu sujud dalam solatnya, maka ia dilihat sebagai kemuncak penyerahan diri kepada Allah.
Dan dalam keadaan sedemikian, setiap bahagian muka manusia yang dimuliakan diletakkan ke tempat yang serendah-rendahnya. Kerana itu sujud adalah sesuatu yang cukup istimewa. Dan kerana itu juga, apabila seseorang sujud, dia dikatakan paling hampir dengan Allah! Jadi rebutlah peluang itu untuk tidak mensia-siakannya dengan meminta apa sahaja kepada Allah.
Tapi awas! Bukan dalam berbahasa Melayu kerana ia boleh membatalkan solat. Sebaliknya mintalah dengan bacaan-bacaan doa yang sering menjadi amalan para nabi termasuk doa-doa yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Begitulah hebatnya perbuatan sujud di sisi Allah hatta syaitan dan iblis pun tidak mampu untuk melakukannya melainkan malaikat dan manusia! Dan kerana itu apabila Allah memerintahkan kepada Iblis, sujudlah kamu kepada Adam, – sebagai tanda menghormati Adam yang diciptakan Allah sebagai manusia, iblis enggan melakukannya.
Tapi manusia, apabila Allah memerintahkan sujud, tiada apa yang lebih mulia melainkan mengikut sebagaimana yang diperintahkan Allah. Hal berkaitan keengganan iblis itu diceritakan Allah melalui firmannya,
“Dan di kala kami berkata kepada para malaikat, “Bersujudlah kamu kepada Adam maka sujudlah mereka semua kecuali Iblis (azazil) ia tidak mahu sujud serta berlaku sombong dan jadilah dia daripada orang yang kafir.” (al-Baqarah: 34).
Ada dua tempat mustajab doa ketika seseorang menunaikan solat iaitu ketika sujud dan ketika sebelum memberi salam. Pada masa tersebut, berdoalah di dalam hati, dan mitalah apa pun Insya Allah ditunaikan Allah.
Hakikatnya, Rasulullah juga pernah berkata,
“Antara tempat yang utama ketika membaca doa ialah pada penghujung solat”.
Menjelaskan tentang hadis tersebut pula, Dr. Rushdi berkata, ada dua pandangan ulama muktabar yang membincangkannya. Pertama ulama mengatakan, doa tersebut boleh dibaca sebelum seseorang memberi salam kerana pada waktu itu, manusia yang sedang solat masih ada hubungan atau masih berhubungan dengan Allah.
Bagaimanapun, ada ulama mengatakan, penghujung solat dimaksudkan sebagai selepas seseorang memberi salam.
Apa pun saran Dr. Rushdi, andai seseorang mempunyai doa-doa yang sangat penting, maka bacalah ketika masih dalam solat kerana di waktu tersebut, seseorang itu masih bermunajat dengan Allah.
Imam Syafie ketika membincangkan hal tersebut turut berkata, seseorang itu hendaklah berbanyak-banyak berdoa ketika sujud dengan harapan, supaya doa tersebut dimakbulkan. Kata Imam Syafie lagi, disunatkan untuk orang yang solat secara sendiri, atau berimam – yang mana tidak menjadi masalah untuk memanjangkan doa dalam sujud, maka pohonlah kebaikan dunia dan akhirat ketika dalam sujud.
Hal ini turut disarankan oleh Rasulullah s.a.w yang berpesan, apabila engkau rukuk, maka banyakkanlah engkau mengagungkan Allah dan ketika engkau sujud, maka banyakkanlah berdoa.
Nabi Muhammad s.a.w sering mengucapkan doa ketika sujud yang bermaksud,
“Ya Tuhan ku, ampunilah segala dosa-dosa ku, kecilnya, besarnya, awalnya, akhirnya yang tampak dan yang tersembunyi.” (Allaahummaghfir lii dzambii kulluhu diqqahu wa jallahu wa awwalahu wa aa-khirahu wa ‘alaaniyyatahu wa sirrahu.” Utv
Syaitan dan iblis pun tidak mampu melakukan perkara ini
Baca Artikel Menarik:
- https://mykmu.net/2023/11/06/graduan-unisza-terima-berita-kematian-bapa-ketika-menanti-giliran-terima-skrol/
- Azwan mahu saman Aliff Syukri RM100 Juta
- Azharina Azhar hidap penyakit misteri
- Lepas kahwin Intan Najuwa makin lawa macam anak dara
- Ryan Bakery, Adam, tolong sedar diri
- Tentera Ukraine diambang kekalahan
- Strategi jihad ganjil
- Ayah Angelina Jolie marah anaknya menyerang Israel
- GV10: Nasib malang Ezad Lazim
- GV10: Hardy Mirza rampas kedudukan Liza Hanim
- Penghidap barah payu dara jadi mangsa gangguan seksual ‘ayahanda’
- Kenapa satu telefon bimbit, satu boarding pass sahaja? – Ka Siong
- Pos kawalan tentera Israel dibedil roket Burkan oleh Hizbullah
- Konflik Palestin-Israel: Jenazah pemuda berbau kasturi [VIDEO]
- Konflik Palestin-Israel: Pakai telekung waktu tidur, sedia mati syahid [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi
Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah