Dakwaan MP Kerajaan sokong Israel, speaker akan tentukan kedudukan
Shahidan Kassim (PN-Arau) memfailkan usul meminta Jimmy Puah (PH-Tebrau) dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa menyukai hantaran pelakon Israel Gal Gadot di media sosial.
“Rujuk Tebrau jawatankuasa hak dan kebebasan, nafi kenyataan dia soal Gal Gadot.
“Apakah tempoh masa saya perlu tunggu,” soal pemimpin dari Perlis itu.
Pada 30 Okt, Shahidan menuduh ahli parlimen PKR itu sebagai penyokong Israel.
Gal Gadot ialah bekas ratu cantik kemudian mencipta nama sebagai bintang Hollywood.
Dia dinobatkan sebagai Miss Israel 2004 dan mencapai kemasyhuran di seluruh dunia kerana melakonkan watak Wonder Woman dalam francais filem DC.
Mengulas usul Shahidan, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) turut mengemukakan permohonannya untuk merujuk Shahidan dan Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim ke jawatankuasa yang sama kerana mengaitkannya dengan Israel.
Khoo (gambar, bawah) berkata dia juga mahu tahu keputusan speaker mengenai perkara itu.
“Saya rujuk Pendang dan Arau ke jawatankuasa hak dan kebebasan.
“Mesyuarat 18 Oktober, (ahli parlimen) Pendang dakwa saya Zionis.
“(Ahli parlimen) Arau tuduh saya sebagai Yahudi. ‘Ini Yahudi punya…’ Dia tak tarik balik,” kata Khoo.
Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul dalam memberi maklum balasnya berkata keputusan akan dibuat dalam masa dua atau tiga hari lagi.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- https://mykmu.net/2023/11/06/graduan-unisza-terima-berita-kematian-bapa-ketika-menanti-giliran-terima-skrol/
- Azwan mahu saman Aliff Syukri RM100 Juta
- Azharina Azhar hidap penyakit misteri
- Lepas kahwin Intan Najuwa makin lawa macam anak dara
- Ryan Bakery, Adam, tolong sedar diri
- Tentera Ukraine diambang kekalahan
- Strategi jihad ganjil
- Ayah Angelina Jolie marah anaknya menyerang Israel
- GV10: Nasib malang Ezad Lazim
- GV10: Hardy Mirza rampas kedudukan Liza Hanim
- Penghidap barah payu dara jadi mangsa gangguan seksual ‘ayahanda’
- Kenapa satu telefon bimbit, satu boarding pass sahaja? – Ka Siong
- Pos kawalan tentera Israel dibedil roket Burkan oleh Hizbullah
- Konflik Palestin-Israel: Jenazah pemuda berbau kasturi [VIDEO]
- Konflik Palestin-Israel: Pakai telekung waktu tidur, sedia mati syahid [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi
Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah