Banjir kilat Subang Parade: Sistem perparitan dikatakan terganggu akibat kerja pembinaan

Banjir kilat Subang Parade: Sistem perparitan dikatakan terganggu akibat kerja pembinaan

Sistem perparitan terganggu akibat kerja pembinaan dikatakan menjadi punca kejadian banjir kilat di pusat beli belah Subang Parade, Subang Jaya, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata ekoran kerja pembinaan di belakang pusat beli belah berkenaan, sistem perparitan menjadi tidak lancar.



“Kira-kira jam 5.30 petang semalam, hujan lebat di kawasan Subang Jaya dan berlarutan selama tiga jam dan menyebabkan limpahan air masuk ke dalam pusat beli belah itu.

“Akibat sistem perparitan di kawasan parkir bangunan yang tidak lancar menyebabkan berlaku banjir kilat paras buku lali di lokasi terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kejadian banjir kilat itu tidak membabitkan sebarang kerosakan kenderaan dan semua kenderaan yang berada di tempat terjejas berjaya dialihkan.

“Namun, terdapat limpahan air yang memasuki perkarangan pasar raya tersebut. Banjir kilat beransur pulih pada lewat petang,” katanya.



Berikutan kejadian itu, katanya, orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan tidak berada di tempat rendah ketika cuaca tidak menentu pada musim Monsun Timur Laut ketika ini.

Semalam, orang ramai menerusi media sosial berkongsi maklumat kejadian kawasan parkir dan tingkat bawah pusat beli-belah di Subang Jaya itu dimasuki air. BH

Banjir kilat Subang Parade: Sistem perparitan dikatakan terganggu akibat kerja pembinaan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi

Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah



5 selebriti Hollywood persetankan Zionis

Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker