`Rider’ wanita maut terperosok bawah lori treler

Seorang penunggang motosikal wanita yang mengikuti konvoi bersama rakan maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Gunung Pulai, Kulai, hari ini.

KULAI – `Rider’ wanita yang mengikuti konvoi bersama rakan maut selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Gunung Pulai, di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Firdaus Juritah berkata, kemalangan itu dilaporkan berlaku pada pukul 11.38 pagi.

“Enam anggota beserta dua buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi, didapati kemalangan tersebut melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori treler dan dua buah motosikal.

“Akibat kemalangan itu, seorang penunggang motosikal wanita berusia 35 tahun dikenali sebagai Suria Othman maut selepas terperosok ke bawah lori treler berkenaan.



“Manakala seorang lagi penunggang motosikal iaitu seorang wanita berusia 38 tahun mengalami kecederaan. Pemandu lori treler yang berusia 39 tahun pula selamat tanpa kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Berdasarkan satu rakaman video, kedua-dua penunggang motosikal berkenaan dilihat gagal mengawal motosikal semasa melalui kawasan selekoh menyebabkan motosikal ditunggangi mereka tergelincir sebelum bertembung dengan lori treler dari arah bertentangan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah

Afiq simpan bukti dicurangi Pachara



Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew

Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker