Trafik Tambak Johor semakin lancar – PM

Kesesakan di Tambak Johor yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura semakin berkurang hasil usaha bersama pelbagai kementerian di Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pihak berkaitan di Singapura.

Untuk itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan penghargaannya atas sumbangan besar kementerian berkaitan dan Jabatan Kastam membantu mengurangkan kesesakan.

Sebelum ini, ia menjadi masalah besar dalam kalangan pekerja Malaysia yang terpaksa bangun pada jam 4 pagi untuk menyeberang sempadan antarabangsa tersibuk di dunia itu.



Lebih 350,000 orang menggunakan Tambak Johor setiap hari.

Anwar berkata demikian pada sidang media bersama rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, di sini, hari ini.

Kedua-dua Perdana Menteri itu bertemu di Singapura untuk sesi Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia ke-10 yang pertama sejak pandemik COVID-19.

“Singapura memerlukan Woodlands (Woodlands Check Point (WCP)) yang kini di bawah bidang kuasa Malaysia.



“Saya memaklumkan kita (Malaysia) boleh memudahkan penjualannya (WCP) supaya Singapura mendapat kemudahan itu untuk melancarkan aliran masuk pekerja Malaysia ke Singapura, dan kemasukan rakyat Singapura ke Johor khasnya pada hujung minggu,” katanya.

Sementara itu, Hsien Loong berkata, Singapura memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk menjadikan perjalanan rentas sempadan lebih lancar dan cekap sambil mengekalkan keselamatan sempadan.

“Kami juga memulakan pembangunan semula WCP untuk meningkatkan kapasitinya dan memenuhi pertumbuhan jangka panjang untuk perkhidmatan perjalanan rentas sempadan.

“Saya gembira Perdana Menteri Anwar menyambut baik dan menyokong usaha Singapura,” katanya.



Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pemukiman itu, Kumpulan Kerja Hubungan Pengangkutan bekerjasama rapat untuk mengukuhkan infrastruktur dan ketersambungan rentas sempadan antara Singapura dan Johor.

Agensi pengangkutan kedua-dua negara turut mencapai kemajuan dalam mengukuhkan rangkaian pengangkutan dan memudahkan penumpang, dengan meningkatkan kekerapan perkhidmatan bas rentas sempadan dan memperkenalkan perkhidmatan feri baharu.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) mengunjurkan jumlah trafik di WCP meningkat hampir 40 peratus menjelang 2050.

Ini bermakna purata harian kira-kira 400,000 pengembara berbanding tahap sebelum pandemik iaitu sekitar 300,000 orang pada 2019.



Dalam perkembangan berkaitan, Anwar dan Hsien Loong menyambut baik kemajuan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura.

RTS akan menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dan Woodlands North dengan kapasiti puncak seramai 10,000 penumpang sejam, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan di sepanjang Tambak dan mengukuhkan hubungan Malaysia-Singapura.

Anwar dan Hsien Loong menyuarakan keyakinan mereka terhadap permulaan perkhidmatan RTS menjelang akhir 2026.

Kedua-dua pemimpin turut mengarahkan pegawai mereka terus bekerjasama rapat bagi menjayakan projek RTS berkenaan. – BERNAMA



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3



FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker