‘Subsidi bersasar cara terbaik atasi kenaikan harga ayam’

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berpendirian pemberian subsidi secara bersasar adalah penyelesaian terbaik dan bersifat ‘menang-menang’ sekiranya berlaku kenaikan harga ayam secara mendadak.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata ketika ini tidak ada satu kaedah atau formula bersesuaian untuk pelbagai situasi.

Bagaimanapun, katanya, dalam usaha menangani sebarang kemungkinan kenaikan harga ayam pada masa depan, KPKM percaya kaedah berkenaan paling relevan untuk dilaksanakan.

“Formula ini ikut perkembangan semasa. Kita perlu bincang dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan sebagainya. Kalau ada kenaikan melampau, kita cenderung kepada pemberian subsidi secara bersasar, iaitu membantu golongan B40 yang mengalami masalah besar.

“Jika kita beri subsidi secara pukal, akhirnya yang untung adalah peniaga besar. Sebab itu pendekatan ini dikira baik kerana ditujukan kepada yang memerlukan,” katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 membabitkan kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beberapa orang Ahli Parlimen turut memberikan pandangan mengenai keputusan kerajaan menamatkan subsidi dan kawalan harga ayam berkuatkuasa Rabu ini.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) bangun menyuarakan pandangan mengenai kebimbangan kemungkinan harga ayam naik semula sekiranya harga dua komoditi utama industri itu, iaitu kacang soya dan jagung melonjak.

“Saya sambut baik pengapungan ini, tetapi sebenarnya, ramai penternak dan pemain industri tak rasa tertekan kerana dua komoditi utama, jagung dan kacang soya jatuh secara mendadak, jika dibandingkan dengan (harga) sebelumnya.

“Jadi, adakah kerajaan ada formula tertentu jika harga bahan mentah ini naik balik tiga kali ganda seperti sebelum ini. Adakah kita ada satu formula, masih meletakkan harga siling tetapi disesuaikan mengikut harga,” katanya.

Johari berkata, perkara itu perlu diambil serius bagi memastikan kelangsungan industri ayam termasuk menjaga kebajikan keseluruhan pemainnya.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) berpandangan, tindakan pengapungan bahan mentah utama negara seperti ayam, beras dan telur tidak bermakna penyaluran subsidi secara bersasar mesti dihapuskan.

“Kalau kita apungkan, tak bermaksud kita hapuskan subisidi bersasar, sebaliknya ia masih boleh dilakukan. Ini disebabkan ia adalah komitmen untuk bantu golongan berpendapatan rendah, tetapi jika kita herotkan pasaran, apa yang disebut sebagai kartel atau sorok (bahan mentah), maka kerajaanlah yang cekik pasaran,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3

FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker