Saya ‘calm and cool’ jumpa Guan Eng – Kon Yeow

Saya ‘calm and cool’ jumpa Guan Eng – Kon Yeow

Kepala Batas: Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow memberitahu beliau bersikap ‘calm and cool’ bahkan sentiasa bertemu dengan Pengerusi DAP Lim Guan Eng dalam mesyuarat mingguan dan bulanan yang diadakan parti.

Kon Yeow berkata, baginya semua yang berlaku sudah berlalu selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos lalu.

“Memang tidak dinafikan pada masa itu ada pertimbangan dari pihak pemutus parti untuk tidak memilih saya (sebagai Ketua Menteri).

“Namun, ini semua sudah berlalu dan seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, saya selalu ‘calm and cool’ (tenang),” katanya ketika diminta mengulas saranan bekas Exco negeri yang juga bekas Adun Sungai Puyu, Phee Boon Poh minggu lalu yang mahu Yeow dan Guan Eng menghentikan ketegangan antara mereka.

Ini berikutan veteran DAP itu bimbang dengan ketegangan yang berlaku antara dua pemimpin berkenaan akan memberi kesan yang negatif terhadap parti.

Terdahulu, Kon Yeow ditemui pemberita dalam satu program seminar di Bertam, di sini, hari ini.

Ketegangan antara kedua-dua pemimpin DAP itu dikesan berlaku sebelum PRN Pulau Pinang berikutan ada dakwaan terdapat plot yang diaturkan oleh ahli-ahli DAP untuk menjatuhkan Kon Yeow.

Ini selepas wujudnya desas-desus bahawa Guan Eng akan dilantik semula sebagai Ketua Menteri yang hangat diperkatakan sebelum kempen PRN bermula.

Bagaimanapun pada 5 Mei lalu, Kon Yew dilaporkan berkata, Guan Eng yang pernah berkhidmat selama dua penggal sebelum atau selepas pindaan Perlembagaan Negeri yang diluluskan pada 2018, tidak boleh dilantik semula.

Menurutnya, pindaan itu secara jelas menunjukkan bukan sahaja Guan Eng tidak boleh kembali ke jawatan itu semula, ia juga termaktub kepada beliau pada masa akan datang.

Guan Eng kemudian meminta Kon Yeow supaya mengemukakan bukti berhubung dakwaan ada pihak dari luar dan dalam DAP yang sedang merancang untuk menjatuhkannya sebagai Ketua Menteri dengan membuat pelantikan baharu.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, Kon Yeow diminta untuk mengemukakan bukti itu kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sekiranya ada.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung pemilihan parti yang dijangka diadakan pada tahun depan, Kon Yeow berkata ia akan difikirkan apabila tiba waktunya. HM

Saya ‘calm and cool’ jumpa Guan Eng – Kon Yeow

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3

FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker