Isteri nusyuz, lakukan langkah ini

Isteri nusyuz, lakukan langkah ini

Soalan :

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimanakah cara mendidik isteri yang terdapat padanya tanda-tanda nusyuz. Mohon penjelasan. Terima kasih.

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ رَزَقَهُ اللهُ امْرَأَةً صَالِحَةً، فَقَدْ أَعَانَهُ عَلَى شَطْرِ دِينِهِ

Maksudnya: “Siapa yang Allah rezekikan padanya isteri yang solehah, maka sebenarnya Allah telah membantunya pada separuh agamanya.”

Riwayat al-Hakim (2681) dan al-Baihaqi (5487) di dalam Syu‘ab al-Iman. Al-Albani menghukum hadith ini (1916) bertaraf Hasan li Ghairih di dalam Sahih al-Taghrib.

Kami mulakan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr R.A, Nabi SAW pernah bersabda:

‏ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

Maksudnya: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”

Riwayat Muslim (715)

Imam al-Qurthubi menjelaskan makna wanita yang solehah dalam hadith di atas ialah wanita yang menggembirakan suami apabila dilihat, mentaatinya apabila disuruh, dan memelihara kehormatan suaminya apabila ketiadaannya pada diri dan juga hartanya. (Lihat al-Mufhim, 4/221).

Daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma, sabda Nabi SAW:

أَلاَ أُخْبِرُكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهُ

Maksudnya: “Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.”

Riwayat Abu Daud (1664)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Umamah R.A, Nabi SAW menyebut:

مَا اسْتَفَادَ الْمُؤْمِنُ بَعْدَ تَقْوَى اللهِ خَيْرًا لَهُ مِنْ زَوْجَةٍ صَالِحَةٍ ، إِنْ أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ ، وَإِنْ نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ ، وَإِنْ أَقْسَمَ عَلَيْهَا أَبَرَّتْهُ ، وَإِنْ غَابَ عَنْهَا نَصَحَتْهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهِ

Maksudnya: “Seseorang lelaki yang beriman itu tidak akan mendapat manfaat dan faedah – selepas takwanya kepada Allah SWT – lebih daripada isteri yang solehah. Jika disuruh oleh suami, dia taat, jika suaminya melihat kepadanya, dia menyenangkannya. Jika bersumpah, nescaya dia dapat membuktikannya dan jika ditinggalkan oleh suaminya, dia menjaga diri dan menjaga hartanya.”

Riwayat Ibn Majah (1857)

Menjawab bagi persoalan di atas, kami katakan bahawa seorang suami boleh mendidik isterinya dengan cara yang syari’e seperti menasihati, memulaukan di tempat tidur, serta pukulan yang tidak melibatkan tindakan fizikal yang menyakiti. Dalam Islam, didikan ini boleh dilakukan sekiranya terdapat tanda-tanda nusyuz atau derhaka dari pihak isteri terhadap suami. Hal ini boleh dilihat melalui firman Allah SWT:

وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا ‎﴿٣٤﴾‏ وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَابْعَثُوا حَكَمًا مِّنْ أَهْلِهِ وَحَكَمًا مِّنْ أَهْلِهَا إِن يُرِيدَا إِصْلَاحًا يُوَفِّقِ اللَّهُ بَيْنَهُمَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا

Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah “orang tengah” (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua “orang tengah” itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya.”

(Surah al-Nisa’: 34-35)

Imam Ibn Kathir menyatakan, nusyuz (النُّشُوزُ) itu bererti meninggi diri, dan wanita yang nusyuz itu adalah yang meninggi diri terhadap suaminya, meninggalkan perintahnya, menjauhi dan membencinya.

Jika tanda-tanda nusyuz ini muncul, maka nasihatilah si isteri dan takutkanlah dia dengan hukuman Allah SWT atas kemaksiatannya. Sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan hak-hak suami ke atas isteri, serta ketaatan kepadanya, dan Allah SWT mengharamkan berbuat derhaka kepada suami kerana apa yang Allah SWT telah anugerahkan kepadanya berupa keutamaan dan kemuliaan. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/257)

Diriwayatkan daripada Mu‘awiyah al-Qusyairi R.A, Rasulullah SAW ditanya tentang hak isteri. Lalu Baginda SAW bersabda:

تُطْعِمُهَا إِذَا أَكَلْتَ، وَتَكْسُوهَا إِذَا اِكْتَسَيْتَ، وَلَا تَضْرِبِ الْوَجْهَ، وَلَا تُقَبِّحْ، وَلَا تَهْجُرْ إِلَّا فِي اَلْبَيْتِ

Maksudnya: “Berikan dia (isteri) makan jika kamu makan, berikan dia pakaian jika kamu memakai pakaian, tidak memukul wajahnya, tidak mendoakan keburukan ke atasnya, tidak memulaukannya kecuali di dalam rumah sahaja.”

Riwayat Abu Dawud (2142), Ibn Majah (1850), dan Ibn Hibban (1268)

Dapat difahami melalui hadith ini seorang suami boleh mendidik isterinya ketika terdapat keperluan akan tetapi didikan ini perlu menjaga adab-adab serta belas kasihan. Apabila memerlukan didikan dengan pukulan, suami perlu mengelakkan dari memukul wajah. Yang demikian bagi menjaga martabatnya, sensitivitinya, dan menghindari dari pukulan yang dapat meninggalkan kesan buruk atau cacat padanya.

Jika dia memulau isterinya, hendaklah ia berlaku secara peribadi di antara mereka berdua, tanpa pendedahan di depan orang lain. Jika dia memberi teguran, hendaklah mengelakkan menggunakan perkataan yang kasar, kata-kata yang menyakitkan, penghinaan, atau cacian. (Lihat Taudih al-Ahkam Min Bulugh al-Maram, 5/361)

Telah dinyatakan dalam Mausu’ah al Fiqhiyyah bahawa cara mendidik isteri adalah dengan tiga cara iaitu:

Menasihati

Memulau

Pukulan yang tidak menyakiti (Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 10/23-24)

Namun Imam al-Nawawi menyatakan bahawa walaupun memukul wanita, khadim, dan binatang itu dibenarkan akan tetapi meninggalkannya ada lebih afdhal. (Lihat Syarh Muslim,15/84)

Justeru kami katakan dalam isu ini sekiranya terdapat tanda-tanda nusyuz oleh isteri seperti tidak mentaati suami maka, dibolehkan baginya menggunakan pendekatan-pendekatan yang telah ditetapkan oleh syara’ sepertimana yang telah dinyatakan di atas. Namun hendaklah baginya memulakan dengan memberi nasihat terlebih dahulu sebelum menggunakan pendekatan-pendekatan yang lain.

Justeru, dalam isu ini, jika terdapat tanda-tanda nusyuz oleh isteri seperti tidak mentaati suami, maka adalah dibenarkan baginya menggunakan pendekatan-pendekatan yang telah ditetapkan oleh syara’ sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Walaubagaimanapun, hendaklah bagi suami memulakan dengan memberi nasihat terlebih dahulu sebelum melibatkan pendekatan yang lain.

Semoga Allah memberikan kefahaman yang jelas dalam melaksanakan segala titah perintahnya dan kami akhiri dengan doa:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
Wallahu a’lam. “
Kredit : Maktabah Al Bakri

Isteri nusyuz, lakukan langkah ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3

FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker