Dr Zulkifli lelong jam Rolex hadiah Raja Arab Saudi
Dr Zulkifli lelong jam Rolex hadiah Raja Arab Saudi
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melelong jam tangan Rolex pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebanyak RM40,000 hari ini.
Beliau berkata, hasil bidaan jam itu akan disalurkan sepenuhnya kepada kebajikan rakyat Palestin.
“Menjunjung kasih DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Al-Malik Salman Abdulaziz atas derma kurnia yang amat bermakna ini, titah baginda untuk sentiasa bersederhana, mengutamakan perpaduan ummah dan memartabatkan agama sentiasa akan saya semat dalam hati.
“Dengan menjunjung titah itu dan meraikan kesungguhan kerajaan Arab Saudi menyalurkan sumbangan berbilion dolar kepada Palestin saban tahun, saya ingin membuka bidaan jam Rolex kesayangan ini dengan harga tapak RM40,000.
“Kenaikan bermula RM100 ke atas. Bidaan akan ditutup pada 31 Oktober 2023 jam 12 tengah malam ini,” katanya dalam Facebook.
Menerusi kemas kini beliau di ruangan komen, bidaaan itu sudah mencecah sebanyak RM95,000 setakat jam 12:35 tengah hari tadi.
“Saya buka kepada yang berminat untuk membida di ruang komen. Makluman terkini, (12.35 tengah hari), bidaan tertinggi adalah sebanyak RM95,000,” katanya.
Terdahulu, Dr Zulkifli berkata, pada awalnya beliau tidak mengetahui kandungan hadiah pemberian Raja Salman pada Februari 2017 itu sehinggalah ia dibuka pada tahun 2021.
“Kisahnya bermula pada Februari 2017 apabila saya mendapat panggilan mengejut ketika sedang menghadiri mesyuarat sebagai Panel Penasihat Syariah Bank Negara.
“Saya diminta oleh kerajaan Malaysia selaku Mufti Wilayah Persekutuan untuk mewakili semua mufti dan ulama Malaysia menyampaikan ucapan di hadapan Raja Saudi, Raja Salman dalam kunjungan hormatnya ke Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, beberapa hari selepas majlis itu beliau dihubungi pihak Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia mengenai hadiah berkenaan dan meminta pegawai untuk mengambilnya.
“Saya tidak buka kotak cenderamata itu. Ia disimpan di pejabat saya di Putrajaya sehinggalah saya dilantik sebagai Menteri.
“Semasa saya menjawat jawatan Menteri, kotak terbabit dipindahkan ke pejabat kedua saya di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.
“Apabila saya meletak jawatan sebagai Menteri pada 2021, kotak itu dipindahkan ke pejabat peribadi saya. Di sana barulah saya membukanya sebagai tanda penghargaan atas derma kurnia daripada Raja Arab Saudi,” katanya. BH
Dr Zulkifli lelong jam Rolex hadiah Raja Arab Saudi
Baca Artikel Menarik:
- Akmal minta PM hantar 12 wakil rakyat PKR ke Gaza
- MP Labuan pula isytihar sokong Anwar
- Azhar Sulaiman beri amaran kepada Sharnaaz?
- Fazura kutuk Angelina Jolie acah-acah ‘buta’ kezaliman Zionis
- Hantu di UiTM Lendu
- Lauk babi hina industri nasi kandar – PRESMA
- FD3: Izzue Islam macam nampak kekok mengacara
- Kami tak pilih menantu kaya – Yusof Haslam
- Bomoh rogol pelajar sampai hamil ketika proses buang santau
- Anwar perlu lebih berani – TMJ
- Lelaki tidur dalam rumah mati disambar petir
- Alyah disangka Ira Kazar
- GV10: Bersepah nyanyian Aliff Aziz – Ramli MS
- GV10: Zamani tersingkir akhirnya
- Oops PAS tersalah langkah ke?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ajai tercarut dalam program FD3
All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu
You must be logged in to post a comment.