Bella terima saya di titik terendah – Aliff Aziz
Penyanyi Aliff Aziz mendedahkan isteri tercinta, Bella Astillah menerima dirinya lebih sedekad lalu ketika dia berada pada titik terendah dalam hidup.
Akui pemilik nama lengkap Mohammad Aliff Aziz , wanita istimewa yang menjadi teman hidup sejak tujuh tahun lalu itu setia berada di sisinya walaupun terpaksa mengharungi pelbagai ujian.
“Sudah lama saya tidak muat naik ‘posting’ penghargaan buat isteri tersayang. Foto pertama dan kedua adalah pada tahun 2014 ketika saya dan isteri bertemu.
“Masa itu saya berada dalam titik paling lemah dalam hidup dan hampir berputus asa. Terima kasih sayangku atas pengorbanan, kasih sayang, kesabaran, keazaman, dorongan dan beri saya dua cahaya mata comel,” tulisnya dalam Instagram.
Perkongsian berkenaan dilakukan sebagai penghargaan buat penyanyi dan pelakon yang mesra disapa Bella.
Dalam hantaran sama, pelantun lagu Sayang Sayang itu turut menzahirkan terima kasih kepada Bella kerana setia menjadi menjadi pelengkap hidupnya sehingga dia mampu teguh berdiri pada hari ini.
“Berkahwin selama tujuh tahun dan berkenalan lebih 10 tahun. Penuh suka dan duka, awak sentiasa bersama saya. Semoga Allah merahmati awak dengan ‘khayr’ yang kekal di dunia dan di akhirat kelak.
“Saya akan terus melakukan yang terbaik untuk menjadi anak yang lebih baik kepada ibu bapa saya, abang kepada adik-adik saya, suami kepada awak, dan ayah kepada anak-anak kita.
“Semoga Allah terus merahmati dan membimbing kita hingga ke Jannah. Saya cinta kamu, Dayang Ara Nabellah,” tuturnya.
Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah.
Pasangan romantik itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 2.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tribute To Mael, XPDC ‘mengamuk’ di Singapura
- Meet Uncle Hussain angkut Cliff Umar dan Hazama masuk DFP
- Suami Noniswara meninggal dunia
- Mahkamah tolak permohonan Mahathir arah Anwar kemuka dokumen
- GV10 : Cliff Umar, Suki Low tersingkir awal
- Arnab Kangkang Dania, kena cuba
- Azeem usah terlepas pandang Lalu Muhammad Zohri
- Anak lemas jatuh kolam pancing, bapa menangis menyesal tidak terhingga
- Harta saya bernilai RM2.3 billion tidak diperlukan oleh anak-anak – Mick Jagger
- Zahid ‘Pulang paku buah keras’ pada PAS
- “Kaki saya saiz 11,” Kak KM cabar ‘penyodol’ agar cuba sondol suaminya
- Anak jururawat maut ditikam mencari ibunya
- Lepas kecoh, Marissa buat video tutorial mekap pula
- Zara Zya sudahlah cantik, baik hati pula
- Nabil perjelas isu Mamat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik
Jiggy komen pakaian renang Dhabitah
You must be logged in to post a comment.