Risiko hamil semula terlalu cepat
Risiko hamil semula terlalu cepat
Ramai wanita berdepan pelbagai dilema dan gagal merancang kehamilan disebabkan pengaruh individu atau masyarakat di sekelilingnya.
Sebagai contoh, ada wanita yang cuba memenuhi impian pasangan untuk memiliki bilangan cahaya mata atau sasaran jantina tertentu, selain terpengaruh dengan pandangan segelintir pihak yang menggalakkan supaya melahirkan anak ramai ketika usia masih muda.
Bagi ibu enam cahaya mata yang juga pengasas Family Centre Enterprise, Dr Noor Atiyah Azmi, berkata wanita sepatutnya sedar mereka adalah individu paling arif mengenai tahap kesihatan diri dan kesediaan dari segi fizikal serta mental untuk menambah anak.
“Golongan ibu sepatutnya tidak mengabaikan haknya mendapatkan kehidupan yang berkualiti dan kekal sihat dari segi mental dan fizikal.
“Biasanya ibu ini, jiwanya selalu memikirkan untuk berkorban demi keluarga dan anak-anak. Namun, pada masa sama perlu ingat, kita harus beri masa untuk badan berehat.
“Jangan cepat terlalu cepat mengandung semula, ia akan memberi impak bukan sahaja kepada kesihatan diri sendiri tetapi perkembangan anak-anak.
“Ini terutama bagi yang ada anak ramai, perlu ambil kira keperluan interaksi anak-anak kita, bagaimana mereka bergaul sebagai adik-beradik,” katanya pada Forum Perancang Keluarga bersempena Sambutan Hari Konstraseptif Sedunia 2023 di Hotel Eastin, baru-baru ini.
Jarakkan kehamilan
Memperincikan pengalamannya, beliau berkata, menjarakkan kehamilan adalah salah satu kaedah terbaik untuk memastikan kualiti hidup lebih terjaga.
“Saya sendiri pernah merasainya, memang ada beza ketika lahirkan anak rapat dan yang jaraknya agak jauh. Tentunya bila dijarakkan tempoh hamil semula, kualiti sebagai ibu itu lebih bermakna.
“Saya ada masa nak berinteraksi dengan anak yang baru dilahirkan dan anak yang lebih tua, malah masa untuk diri sendiri pun ada,” katanya.
Dr Noor Atiyah Azmi.
Tambahnya, walaupun fitrah seorang ibu itu diciptakan Allah SWT kental, malah mampu lakukan banyak perkara dalam satu masa, namun semua pemberian itu ada hadnya.
Golongan ibu ini memang hebat, dia mampu lakukan pelbagai perkara dalam satu masa. Bagaimanapun, tentunya apabila kita fokus pada satu perkara, impaknya lebih besar. Di sinilah perancangan keluarga memainkan peranan yang besar.
“Sebab itu, saya sarankan supaya setiap ibu perlu ada ilmu mengenai kontraseptif. Jangan hanya dengar cerita daripada orang, misalnya makan pil perancang, berat badan akan bertambah.
“Ini tak betul….kalau tak jaga makan, liat bersenam dan amalkan gaya hidup tidak sihat, maka badan boleh jadi obes,” katanya. BH
Baca Artikel Menarik:
- Tribute To Mael, XPDC ‘mengamuk’ di Singapura
- Meet Uncle Hussain angkut Cliff Umar dan Hazama masuk DFP
- Suami Noniswara meninggal dunia
- Mahkamah tolak permohonan Mahathir arah Anwar kemuka dokumen
- GV10 : Cliff Umar, Suki Low tersingkir awal
- Arnab Kangkang Dania, kena cuba
- Azeem usah terlepas pandang Lalu Muhammad Zohri
- Anak lemas jatuh kolam pancing, bapa menangis menyesal tidak terhingga
- Harta saya bernilai RM2.3 billion tidak diperlukan oleh anak-anak – Mick Jagger
- Zahid ‘Pulang paku buah keras’ pada PAS
- “Kaki saya saiz 11,” Kak KM cabar ‘penyodol’ agar cuba sondol suaminya
- Anak jururawat maut ditikam mencari ibunya
- Lepas kecoh, Marissa buat video tutorial mekap pula
- Zara Zya sudahlah cantik, baik hati pula
- Nabil perjelas isu Mamat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik
You must be logged in to post a comment.