Howard Lee dapat nasihat dari Menteri Agama

Howard Lee dapat nasihat dari Menteri Agama

Selepas kontroversi berhubung membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee diberikan nasihat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, malam tadi.

Ia susulan pertikaian banyak pihak berhubung isumemetik ayat al-Quran dalam konteks politik baru-baru ini.

Berkongsi perkembangan itu di Facebook, Mohd Na’im berkata, ia pertemuan yang sangat membina.

“Pertemuan yang sangat membina, satu persefahaman iaitu Islam tetap wajib ditegakkan di Malaysia sebagai agama Persekutuan.

“YB (Yang Berhormat) Howard bersetuju dengan nasihat saya supaya lebih berhati-hati dalam mengambil petikan ayat al-Quran agar tidak menimbulkan salah faham terutama di zaman media sosial ini,” katanya.

Sebelum ini, ahli politik DAP itu tampil memohon maaf susulan isu berkenaan selepas video ucapannya tular di media sosial.

Howard tampil memohon maaf menerusi sidang media yang dibuat di Pusat Komuniti Ahli Parlimen Ipoh Timur dekat Pengkalan, di sini, 26 September lalu, selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP itu berkata, permohonan maaf itu dibuat antaranya mengambil kira saranan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menegurnya supaya tidak mengulangi perbuatan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran. BH

Howard Lee dapat nasihat dari Menteri Agama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker