Bawa isteri strok ke pejabat
Bawa isteri strok ke pejabat
HULU TERENGGANU – Seorang penyelia pusat tenunan songket membuktikan kesetiaannya apabila tabah menjaga isteri yang lumpuh akibat serangan strok sejak tujuh tahun lalu.
Malah kecintaan Saffie Mamat, 59, terhadap Siti Zaharah Husain, 62, terbukti apabila dia sanggup membawa isterinya ke tempat kerja di Kuala Terengganu hampir setiap hari.
“Saya tidak sanggup membiarkan isteri yang lumpuh tinggal bersendirian di rumah kerana bimbang keselamatan dirinya.
“Sebelum kami keluar rumah untuk tempat kerja saya setiap hari, saya akan memasak bekal buat makanan isteri sebelum menyiapkannya terlebih dahulu seawal pukul 5 pagi,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Bukit Gemuruh, di sini baru-baru ini.
Menurutnya, dia tidak menganggap rutin menjaga isterinya itu sebagai bebanan, sebaliknya ia amanah yang wajib ditunaikan.
Katanya, dia juga tidak suka menyusahkan orang lain untuk menjaga Siti Zaharah termasuk dua anak mereka yang sudah dewasa dan berumah tangga.
“Isteri saya yang sebelum ini bekerja sebagai pekerja am di Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang telah mengalami strok sewaktu pulang dari tempat kerja pada tahun 2016.
“Serangan strok kedua pada dua tahun lalu pula membuatkan tahap kesihatannya semakin merosot dengan seluruh anggota badan kirinya lumpuh,” katanya.
Tambahnya, setiap bulan sebanyak kira-kira RM500 daripada RM1,300 gaji bulanannya akan diperuntukan untuk perubatan isterinya.
“Syukur kami dapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan dan Pertubuhan Keselamatan Sosial juga menghulurkan bantuan lampin pakai buang,” katanya.
Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank Siti Zaharah bernombor 113032102724 atau menghubungi Saffie di talian 019-9764159. K Online
Bawa isteri strok ke pejabat
Baca Artikel Menarik:
- Tribute To Mael, XPDC ‘mengamuk’ di Singapura
- Meet Uncle Hussain angkut Cliff Umar dan Hazama masuk DFP
- Suami Noniswara meninggal dunia
- Mahkamah tolak permohonan Mahathir arah Anwar kemuka dokumen
- GV10 : Cliff Umar, Suki Low tersingkir awal
- Arnab Kangkang Dania, kena cuba
- Azeem usah terlepas pandang Lalu Muhammad Zohri
- Anak lemas jatuh kolam pancing, bapa menangis menyesal tidak terhingga
- Harta saya bernilai RM2.3 billion tidak diperlukan oleh anak-anak – Mick Jagger
- Zahid ‘Pulang paku buah keras’ pada PAS
- “Kaki saya saiz 11,” Kak KM cabar ‘penyodol’ agar cuba sondol suaminya
- Anak jururawat maut ditikam mencari ibunya
- Lepas kecoh, Marissa buat video tutorial mekap pula
- Zara Zya sudahlah cantik, baik hati pula
- Nabil perjelas isu Mamat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik
You must be logged in to post a comment.