Terima padah kalau sorok beras – Anwar

Terima padah kalau sorok beras – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.

Beliau berkata sudah memberikan arahan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu supaya memastikan pihak penguatkuasaan kementerian memantau perkara berkenaan dan mengambil tindakan kepada pesalah.



“Memang beras ini dikeluhkan rakyat, harga beras di Indonesia pun Presiden Jokowi beritahu sudah dinaikkan kerana 18 negara yang selalu membekalkan beras ini telah halang, henti atau kurangkan eksport beras mereka, jadi di sini ada isu permintaan dan penawaran.

“Kemudian ada pula pihak yang sorok, simpan beras ini, kalau ada yang berani buat perangai buruk ini di saat orang susah nak dapatkan bekalan beras, kamu jaga, kami akan cari dan saman dan bawa kamu ke mahkamah,” katanya.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata demikian dalam ucapannya pada Ceramah Mega Perpaduan MADANI di Dataran Simpang Pelangai sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, di Bentong malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN bagi PRK DUN Pelangai Datuk Amizar Abu Adam. Mk



Terima padah kalau sorok beras – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker