Adun Terengganu mahu tindakan diambil terhadap pelancong wanita Islam berseluar pendek

Adun Terengganu mahu tindakan diambil terhadap pelancong wanita Islam berseluar pendek

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu digesa mengambil langkah lebih agresif dalam memperkasakan Garis Panduan Pelancongan, terutama membabitkan pelancong Muslim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor, berkata ia susulan berlaku pelanggaran etika berpakaian membabitkan pelancong wanita Muslim yang dilihat mencolok mata, seperti berseluar pendek, bersinglet dan tidak bertudung ketika berada di tempat awam.



Beliau berkata, ia jelas melanggar Garis Panduan Pelancongan yang dilancarkan bersama Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan sebelum ini, yang menetapkan pelancong wanita Muslim hendaklah berpakaian menutup aurat.

“Saya menyaksikan sendiri pelancong wanita Muslim tanpa segan silu memakai seluar pendek, bersinglet, tidak bertudung. Malah, semakin ramai berani memakai pakaian mencolok mata bersiar-siar di tempat pelancongan kita.

“Di sini, terdapat dua kemungkinan sama ada masih ramai yang tidak tahu mengenai garis panduan yang dikeluarkan kerajaan negeri, atau mereka tahu tetapi semakin berani untuk tidak patuh akibat tiada penguatkuasaan,” katanya dalam sesi perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Zuraida menggesa pemantauan syariah dilaksanakan di seluruh negeri, termasuk di hotel, pulau, pusat peranginan, pusat hiburan dan pawagam.



Beliau menekankan, usaha itu termasuk dalam agenda dakwah Islamiah dan komitmen kerajaan negeri dalam menuju ke arah Terengganu yang maju, berkat serta sejahtera.

“Bahkan, industri pelancongan Terengganu juga telah mendapat pengiktirafan sebagai Destinasi Mesra Muslim melalui Anugerah Standard Kualiti Islam (IQS) serta Universal Crescent Standard Center (UCSC).

“Ia pemangkin untuk memperlihatkan Terengganu sebagai koridor pelancongan Islam antarabangsa dan hab destinasi Islam global,” katanya. BH

Adun Terengganu mahu tindakan diambil terhadap pelancong wanita Islam berseluar pendek



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker