Ismahalil habis simpanan RM100,000 bayar hutang ahli keluarga

Ismahalil habis simpanan RM100,000 bayar hutang ahli keluarga

Dua tahun menghuni tirai besi, penyampai radio Bapakku FM, Ismahalil Hamzah, 50, yang dibebaskan Julai lalu, mengakui agak kekok memulakan semula kehidupannya.

Katanya, dia bukan malu berdepan dengan masyarakat, tetapi sudah terbiasa dengan kehidupan terkurung membuatkan tidak betah terpaksa menghadap kehidupan hiruk-pikuk di kota.



“Pada mulanya terasa kekok juga kerana saya sudah terbiasa dengan suasana terkurung selama dua tahun. Jadi, mula-mula keluar rasa janggal.

“Saya tak takut orang bercakap, tetapi saya jadi gelisah bila berada di tempat ramai orang.

“Sebab itulah saya pilih tinggal bersama ibu kerana suasana di kampung sejuk dan mendamaikan,” katanya kepada BH Online.

Ismahalil dibebaskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram, dua tahun lalu.



Kembali mengusahakan stesen radio miliknya, Bapakku FM, Ismahalil tanpa berselindung mengakui terpaksa bermula dari bawah kerana duit simpanan habis digunakan menggantikan wang saudara mara yang bermurah hati meminjamkan duit bagi menampung kos guaman bernilai RM100,000.

Ismahalil berkata, wang simpanannya dibekukan ketika di penjara menyebabkannya terpaksa meminta belas ihsan ahli keluarga terdekat bagi membayar kos guaman.

Tidak mengeluh dengan apa yang berlaku, bekas penyampai radio stesen Radio Muzik, RFM dan THR itu sebaliknya optimis untuk kembali bangkit.

“Saya langsung tak menyesali apa yang berlaku. Ketika mula-mula masuk penjara ada juga timbul rasa sia-sia dan buang masa duduk di dalam.



“Sudahlah tiada pendapatan, kena cari duit pula bayar peguam. Namun, lama-kelamaan duduk di dalam sebenarnya mengajar saya untuk jadi lebih sabar dan lembut.

“Saya bersyukur masuk ke dalam sebab Allah nak bagi saya berehat. Allah nak saya dekatkan diri kepada-Nya, jaga solat sehingga mampu katam al-Quran sebanyak tiga kali.

“Mana nak dapat semua ini? Saya juga boleh berdoa panjang-panjang setiap kali solat, semua ini susah nak lakukan ketika di luar, lebih lagi bila sibuk.

“Hikmah yang saya dapat terlalu bernilai. Insya-Allah, saya akan cuba bangun dari bawah, duit boleh cari. Kalau ada RM100,000 pun, duit nak habis dalam masa sehari pun boleh habis.



“Tapi, kalau ada RM500 dan tahu bersyukur serta bahagia, ditambah pula rezeki datang daripada sumber diberkati, pasti akan rasa cukup,” katanya.

Selain itu, katanya, dia bersyukur bakatnya sebagai pengacara majlis masih lagi diperlukan terutamanya membabitkan konsert rock, selain undangan memberikan motivasi berdasarkan pengalaman dilalui. BH

Ismahalil habis simpanan RM100,000 bayar hutang ahli keluarga

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker