Ada kad ID khas baru boleh beli minyak bersubsidi

Ada kad ID khas baru boleh beli minyak bersubsidi

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menetapkan hanya mereka yang mempunyai pengenalan diri (ID) dan disahkan layak boleh membeli minyak masak peket bersubsidi.

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh, berkata ketetapan itu bagi memastikan subsidi itu sampai ke golongan sasaran dan tidak berlaku penjualan kepada golongan yang tidak layak termasuk warga asing.



“Pada ketika ini kerajaan keluarkan 60 juta peket minyak masak bersubsidi setiap bulan, akan tetapi aduan diterima ialah ia tidak boleh didapati di pasaran dan selalu habis.

“Sekarang ini minyak masak peket berada di pasaran terbuka. Kita mahu sasarkan kepada yang memerlukan, supaya tidak berlaku penjualan kepada yang tidak sepatutnya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, semalam.

Sehubungan itu, katanya, dengan subsidi bersasar, hanya yang ada ID dan disahkan layak sahaja boleh dapatkan minyak masak yang paket bersubsidi itu.

“Ramai yang bertanya mengapa tidak gunakan IC atau MySejahtera. Ini kerana keperluan keluarga tidak sama dengan keperluan peniaga mikro,” katanya.



Dalam pada itu, katanya, sekiranya pembelian dihadkan kepada 3 atau 5 kilogram, peniaga akan berhadapan bermasalah.

“Lagi satu ialah golongan T20 tidak layak terima subsidi minyak masak peket. Maka perlu kepada ID yang berbeza,” katanya.

Menjawab komen pengguna pada hantaran itu di Facebooknya itu, Fuziah berkata penggunaan kad pengenalan berbeza juga boleh membantu menghalang golongan yang tidak layak daripada membeli produk bersubsidi.

Julai lalu, Fuziah menyatakan akan melaksanakan kaedah pembelian minyak masak peket kepada kumpulan sasar mulai tahun depan dan seramai 5.8 juta isi rumah daripada golongan M40 dan B40 sudah dikenal pasti dan layak berada dalam kumpulan itu.



Beliau berkata, kementerian juga akan menambah lagi kira-kira satu juta (pengguna) dalam kalangan usahawan mikro yang memerlukannya (minyak masak paket) seperti peniaga ayam goreng, pisang goreng dan keropok lekor.

Katanya, KPDN juga mewujudkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) iaitu agensi di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan semua data perlu dikemaskini dan dibersihkan. BH

Ada kad ID khas baru boleh beli minyak bersubsidi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker