‘Belanja’ tubuh sado, Khai akui tidak sengaja

KUALA LUMPUR : Bagi peminat yang mengikuti perkembangan penyanyi Khai Bahar dalam media sosial, pastinya perasan perubahan pada bentuk tubuhnya.

Berbeza saiz asal Khai yang kurus, tubuhnya semakin ‘sado’ sejak beberapa bulan lalu.

Perubahan paling ketara, bahagian lengan yang tampak ‘berketul-ketul’.



Disebabkan imej ‘sado’, media sosial Khai atau nama sebenar, Muhammad Khairul Baharuddin, 29, dibanjiri komen netizen.

Ada yang memuji, tidak kurang juga komen nakal yang menyifatkan Khai sengaja ‘belanja’ tubuhnya yang semakin ‘sado’.

Saat diajukan pertanyaan mengenai perubahan fizikalnya yang menjadi buah mulut ramai, Khai hanya tergelak besar.

Tidak berniat menayang ‘aset’ seperti didakwa, sebaliknya, Khai sekadar mahu meraikan kejayaan selepas berhempas pulas mendapatkan tubuh idaman.



“Bukan mudah mendapatkan tubuh seperti ini. Saya berulang alik ke gimnasium sejak lapan bulan lalu.

“Dalam seminggu, saya hanya berehat sehari dan untuk satu sesi latihan, saya peruntukan masa dua jam.

“Tiada jalan singkat untuk berjaya. Saya juga tidak ambil bahan terlarang untuk ubah bentuk badan.

“Sebaliknya, saya guna khidmat jurulatih peribadi. Selain regim senaman agak ketat, saya amalkan pemakanan sihat dan ambil minuman protein,” katanya kepada BH Online.



Penyanyi lagu Luluh itu sudah berpuas hati dan berbangga apabila hasil penat lelahnya menjadi.

“Tujuan saya muat naik foto menampakkan bahagian berotot bukanlah sengaja nak ‘belanja’, tetapi sekadar meraikan kejayaan.

“Manalah tahu ia juga boleh memberi inspirasi kepada lelaki yang teringin hendak buat badan. Saya dapat inspirasi daripada kawan-kawan,” katanya.

Mengulas spekulasi membina badan kerana mahu memegang watak hero dalam drama atau filem, Khai menafikan perkara itu.



“Tiada kena mengena nak pegang watak hero. Saya buat badan kerana mahu nampak lebih bergaya. Kalau pakai baju nampak ‘terletak’.

“Lagi pun, saya seorang yang suka aktiviti riadah seperti jogging. Bila banyak masa terluang, saya fikir lebih baik gunakan masa untuk bersenam di gimnasium.

“Selain dapat bentuk fizikal idaman, kesihatan pun terjaga,” katanya.

Khai yang juga anak kelahiran Perlis baru muncul dengan single Pejam. Lagu dan lirik ciptaan Shazee Ishak serta Audi Mok itu dinyanyikan bersama Adira.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara



Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker