Power Bank punya hak, lori sampah hampir terbakar [VIDEO]

Tangkap layar video berhubung sampah ‘power bank’ yang mengeluarkan asap, dipercayai dibuang di dalam tong sampah kediaman.

Sebuah lori syarikat pengutipan sisa pepejal nyaris terbakar apabila sampah peranti elektronik iaitu ‘power bank’ dipercayai dibuang ke dalam tong sampah kediaman telah mengeluarkan asap sekali gus boleh mengundang kebakaran lebih besar.

Video kejadian itu dimuat naik seorang pekerja syarikat pengutipan sisa pepejal menerusi TikTok @mohd_redzuan88 dan dia menasihati pengguna agar mengasingkan sampah terutama membabitkan peranti elektronik.

“Kejadian baru tadi berlaku. Semoga jadi peringatan kepada semua supaya lebih berhati-hati. Asingkan sampah yang tidak sepatutnya,” katanya pada kapsyen video yang dimuat naik hari ini.

Dalam video tersebut, kelihatan asap keluar dari dalam lori yang dipenuhi sampah dan dia meminta rakan sekerjanya untuk mengeluarkan sampah yang terbakar.

“Janganlah buat macam ni. Bahaya boleh terbakar lori. Nasib baik sedar. Kalau tak, masuk dalam memang terbakar lori. Kalau terbakar satu lori, tak boleh buat apa,” katanya dalam video itu.

Selain itu kelihatan seseorang turut membantu menyiram air pada sampah tersebut, manakala seorang pekerja mengeluarkan barang yang terbakar dipercayai ‘power bank’.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi maklum balas bahawa peranti elektronik iaitu e-waste tidak boleh dibuang secara melulu bersama sisa pepejal dari rumah.

“Barang-barang macam tu janganlah dibuang sekali dengan sampah biasa. Meletup terbakar, Allahu,” komen @ciksue.

“Sebab tu power bank, bateri kena asing, jangan main buang begitu saja,” kata @manje79

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker