Perancis rekod cuaca paling panas pada September

PARIS – Institut Meteorologi Perancis pada Jumaat mengumumkan September merupakan bulan paling panas pernah direkodkan di negara itu, dengan purata suhu jauh melebihi normal.

Ia berlaku selepas musim panas yang luar biasa, keempat paling panas sejak permulaan pengukuran iklim pada tahun 1900, lapor Agensi Anadolu.

Purata suhu pada September 2023 mencatatkan 21.5 Celsius, peningkatan purata 3.6 Celsius melebihi norma bermusim yang direkodkan antara 1991 dan 2020.



“Hanya dua bulan berakhir dengan anomali suhu panas seperti itu: Februari 1990 (+4.0 Celsius ) dan Ogos 2003 (+3.7 Celsius). September 1949 berakhir dengan sisihan +2.7 Celsius daripada normal dan September 1961 dengan +2.4 Celsius,” menurut Meteo France.

Episod gelombang haba yang berlaku dari 3 hingga 11 Sept seperti yang dilaporkan oleh Meteo France, tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan suhu melebihi norma bermusim sebanyak empat hingga enam Celsius di hampir kesemua wilayah di Perancis.

Agensi itu meletakkan 14 jabatan di bawah amaran gelombang haba jingga pada 7 Sept, kali pertama berlaku selepas musim panas sejak pelaksanaan pelan amaran gelombang haba pada 2004. – Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara



Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)



13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker