Sistem pencen sedia ada boleh jadi ‘bom jangka’- Khairy
Sistem pencen sedia ada boleh jadi ‘bom jangka’- Khairy
Khairy Jamaluddin berkata sistem pencen penjawat awam ketika ini boleh menjadi “bom jangka” kepada perbelanjaan negara.
Katanya, ini kerana 10% daripada bajet negara untuk membayar pencen penjawat awam dan jumlah itu akan semakin meningkat setiap tahun.
“Sewaktu Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri telah memberi gambaran bahawa pada 2030 pembayaran pencen akan naik sampai RM47 bilion.
“Jadi kalau melenting cadangan saya dan tidak melihat ini adalah bom jangka, ia akan menghimpit ruang perbelanjaan kerajaan,” kata bekas Kahiry dalam podcast Keluar Sekejap.
Khairy sekali lagi menjelaskan cadangannya sebelum ini hanyalah memansuhkan pencen Ahli Parlimen dan penjawat awam pengambilan baharu, bukan mereka yang sedang dalam perkhidmatan.
Sementara itu, Khairy berkata perbelanjaan negara mungkin terjejas apabila jumlah pembayaran pencen semakin meningkat.
“Seperti menghimpit perbelanjaan untuk membina sekolah, membina hospital, klinik dan sebagainya. Saya rasa kita berada dalam sindrom penafian,” katanya.
Sebelum ini, Khairy dilapor mencadangkan pencen penjawat awam dihapuskan “bagi membantu mengimbangi fiskal negara” ketika mengulas cadangan menggantikan pencen bagi Ahli Parlimen dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan cadangan Khairy itu sebagai mengarut serta tidak wajar dibangkitkan.
Presidennya, Adnan Mat turut mengingatkan bekas menteri itu, penjawat awam bukan seperti ahli politik yang berkhidmat dalam tempoh singkat tapi diberi imbuhan tinggi dan menikmati pencen yang besar. FMT
Sistem pencen sedia ada boleh jadi ‘bom jangka’- Khairy
Baca Artikel Menarik:
- Ramai orang terkejut matahari bertukar warna biru
- Permohonan ‘Notis Merah’ Interpol terhadap menantu Muhyiddin hampir sempurna
- Ada nampak saya pegang botol arak? – Syasya Dolla
- Sokongan pada BN di Pelangai belum memuaskan – Wan Rosdy
- MoF akan serah semula aset TH – Anwar
- AGT 2023, anjing juara, Simon tetap bangga dengan Putri Ariani
- Azira Shafinaz bakal nikah
- Artis ada hak, bukan mengemis – Altimet
- Simpan duit bayar saman – Puteri Sarah
- Zii Jia buat hal di Hangzhou
- Akmal bidas Lian Ker, saya jaga rakyat bukan tauke besar
- Mamat ingatkan Nabil hati-hati bergurau
- Serabut tengok Nabil, Elly, Jihan kendalikan GV10
- Duda jutawan intai selebriti isteri orang
- Azeem Fahmi bakal disahkan sebagai Raja pecut di Sukan Asia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara
Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)