‘Notis Merah’ menantu Muhyiddin, polis sudah serah kepada Interpol untuk tindakan

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyerahkan dokumen yang diperlukan untuk permohonan notis merah menantu Muhyiddin Yassin iaitu Muhammad Adlan Berhan kepada Polis Antarabangsa (Interpol).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dokumen itu telah diterima pihaknya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.



“Kita (polis) sudah menerima dokumen itu pada jam 3 petang tadi.

“Ia juga telah dimajukan kepada Interpol untuk tindakan mereka seterusnya,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Pada Sabtu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menjelaskan, draf pertuduhan antara dokumen yang diperlukan Interpol daripada SPRM sebelum notis merah dikeluarkan kepada Muhammad Adlan.

Permohonan notis merah itu perlu dibuat melalui PDRM.



Pada Ogos, SPRM dalam satu kenyataan melaporkan sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Individu yang dikesan itu ialah Muhammad Adlan, 48, dengan alamat terakhir di Lot 65, Sunway Kiara Hills, Jalan 32/70A Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur, manakala individu kedua, Mansoor Saat, 69, yang beralamat terakhir di 5 Jalan SS19/1C Subang Jaya, Selangor.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker