Sanusi pembohong nombor satu negara

Sanusi pembohong nombor satu negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi tepukan gemuruh sebanyak sembilan kali ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, Amerika Syarikat (AS) Jumaat lalu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi berkata, beliau adalah saksi hidup yang berada dalam Dewan PBB ketika Anwar menyampaikan kenyataan negara seterusnya menafikan dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor.

Muhammad Sanusi baru-baru ini mendakwa ucapan Anwar di UNGA tidak mendapat sambutan perwakilan dunia.

Puad berkata, beliau duduk di kerusi VIP bersama Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Nazri Aziz dan Exco Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

“Astaghfirullah. Itu kata hati nurani saya bila mendengar komen Muhammad Sanusi Md. Noor mengenai ucapan Anwar di UNGA ke-78 di New York.

“Saya hadir di UNGA tersebut. Saya saksi hidup. Saya di dalam Dewan Persidangan Utama PBB. Saya duduk di kerusi VIP bersama Datuk Nazri Aziz dan Datuk Sharkar.

“Bahkan, saya hadir tiga hari berturut turut (Selasa hingga Khamis) mendengar ucapan ketua-ketua negara lain sebelum PMX berucap pada hari Jumaat,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah yang memperlekehkan penampilan Perdana Menteri pada UNGA ke-78 di New York semalam yang disifatkannya sebagai hambar dan gagal mendapat perhatian pemimpin dunia.

Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, situasi dewan yang lengang ketika Anwar berucap menyampaikan kenyataan negara pada Jumaat lalu cukup memalukan.

Menurut Puad, ucapan mukadimah Anwar sahaja sudah mendapat tepukan apabila menyentuh mengenai Perang Russia-Ukraine yang memberi kesan buruk kepada global.

“Tetapi ketika Presiden Iran, Ebrahim Raisi berucap, dia mengangkat al-Quran tetapi tidak ada siapa yang tepuk tangan. Begitu juga ucapan Presiden AS, Joe Biden juga tiada sambutan dari perwakilan.

“Perdana Menteri New Zealand, Christopher John Hipkins beritahu dia rasa lega kerana orang ketiga berucap selepas Anwar. Dia rasa tenggelam jika berucap selepas Anwar.

“Dalam 15 minit ucapan itu, Anwar menyentuh isu perang Russia-Ukraine, Palestin, Myanmar, Islamfobia, low carbon and renewal energy roadmap oleh Malaysia dan rasisme bentuk baharu,” katanya.

Tegasnya, ternyata Muhammad Sanusi adalah kaki fitnah apatah lagi menggunakan gambar tanpa usul periksa.

“Saya rakam banyak foto yang saya lampirkan. Oleh kerana saya saksi hidup, maka Sanusi Menteri Besar wajar digelar “pemimpin pembohong” nombor satu Malaysia,” katanya. MG

Sanusi pembohong nombor satu negara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit

Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah

Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker