Van LTdL bawa pelumba terbalik di Kelantan, 2 cedera
BALING: Sebuah van membawa pasukan Giant Cycling Team terbabit kemalangan semasa perlumbaan peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Jeli, Kelantan ke sini.
Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal, berkata van membawa pasukan berpangkalan di China itu dilaporkan terbalik semasa di zon neutral perlumbaan di depan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Jeli kira-kira 10 pagi tadi.
“Tiga pelumba pasukan, Lin Chuanyang, Wang Zichen dan Huang Junlei berada dalam van ketika kemalangan.
“Mereka sebenarnya tidak dapat berlumba hari ini kerana dibatalkan penyertaan selepas tiba lewat di pelepasan yang terletak di UMK. Bagaimanapun, tiada kecederaan serius berlaku,” katanya ketika dihubungi.
Giant Cycling Team mempertaruhkan empat pelumba pada LTdL 2023, dan kejadian itu tidak menimpa seorang lagi pelumba Deng Penghai, yang difahamkan sempat memulakan perlumbaan peringkat ketiga hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran LTdL, Ahmad Shapawi Ismail, berkata semua pelumba sudah dibawa ke Hospital Jeli bagi mendapatkan rawatan.
“Tiada kecederaan serius melibatkan pemandu dan pelumba. Semua dibenarkan keluar hospital dan dalam perjalanan ke hotel bagi menghadapi perlumbaan berikutnya di Butterworth.
“Laporan polis dibuat di IPD Jeli. Kejadian terjadi akibat pemandu terlajak dari tempat permulaan bagi peringkat ketiga dan terbabas di tebing jalan sebelum terbalik,” katanya dalam sidang media di sini.
Pengurus Giant Cycling Team, Guo Qiang Song, memaklumkan pasukannya memutuskan untuk meneruskan perlumbaan berbaki lima peringkat itu.
LTdL 2023 sudah mengharungi tiga daripada lapan peringkat perlumbaan meliputi jarak sejauh 556.7km.
Perlumbaan peringkat keempat meliputi jarak 140.2km esok dari Bukit Mertajam ke Meru Raya, Perak menawarkan tiga zon pecutan di Bagan Serai, Talang dan Sungai Siput, selain satu zon pendakian kategori tiga di Kuala Kangsar.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Orang bukan Islam dengan al-Quran
- Reaksi positif diplomat di New York bercanggah dakwaan Sanusi di Pelangai
- GV10: Cliff Umar hampir tersingkir minggu pertama
- Munafik Hunter perjuangan Caprice
- Ceramah Tuan Ibrahim di Felda Chemomoi tidak dapat sambutan
- GV10: Peluang kedua peserta hotseats
- PAS pernah puji DAP kerana baca al-Quran
- Radzi Jidin akan dipanggil menghadap SPRM
- Pemuda Umno nafi protes calon BN di Pelangai
- Hulk Hogan kahwin lagi
- Beyounce dikaitkan dengan PAS
- ‘Event RXZ’ tenang, motosikal besar kecoh bergaduh [VIDEO]
- Radzi Jidin maklumkan isteri keturunan ulama besar
- Fify nafi seorang ‘playgirl’
- Pentas Gegar Vaganza GV10 dipanaskan oleh Jihan Muse, Nabil dan Elly Mazlein
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit
You must be logged in to post a comment.