Tanggungjawab Suami dan Isteri Menurut Islam

Tanggungjawab Suami dan Isteri Menurut Islam

Asas terbinanya sebuah keluarga adalah suami dan isteri. Kedua-duanya memainkan tanggungjawab suami dan isteri yang diperlukan bagi melahirkan suasana kehidupan yang aman dan harmoni.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan tanggungjawab suami dan isteri yang sangat penting dalam pembentukan sebuah institusi kekeluargaan.

Konsep tanggungjawab dalam Islam

Dalam Islam, konsep tanggungjawab memiliki makna yang penting. Agama Islam mengajarkan bahawa setiap individu memiliki tanggungjawab terhadap dirinya sendiri, keluarga, masyarakat, dan Tuhan.

Tanggungjawab ini meliputi berbagai aspek kehidupan, baik dalam hubungan dengan sesama manusia mahupun dalam ibadah kepada Allah.

Contohnya, tanggungjawab diri terhadap keluarga. Islam menekankan pentingnya menjaga hubungan yang baik dengan anggota keluarga.

Seorang Muslim memiliki tanggungjawab untuk menyediakan nafkah, perlindungan, dan dokongan emosional kepada keluarganya. Islam juga mengajarkan pentingnya menghormati dan menghargai orang tua serta merawat anggota keluarga yang memerlukan

Dengan memahami dan menjalankan tanggungjawab ini dengan baik, seorang Muslim diharapkan dapat mencapai kehidupan yang harmoni dan mendapatkan keberkahan di dunia dan akhirat.

Tanggungjawab seorang suami

Seorang suami dikatakan sebagai pemimpin dan ketua keluarga yang sangat banyak peranan kepada keseluruhan aspek dalam keluarga yang dibina.

Berikut adalah contoh antara tanggungjawab suami dalam rumah tangga:

1. Memberi nafkah kepada isteri

Suami bertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada isteri dari segi bentuk zahir dan batin.

Nafkah zahir: keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya.

Nafkah batin: menunaikan keperluan seks isteri menurut syarak.

2. Memelihara dan mendidik anak

Tugas mendidik dan membimbing anak-anak adalah tugas yang harus dipikul kepada seorang suami.

Suami dan isteri perlu bersama-sama dalam soal menjaga, membesarkan dan mendidik anak-anak dari mereka kecil sehinggalah anak-anak membesar.

3. Menghubungkan silaturahim

Islam sangat menuntut umatnya untuk mengeratkan tali silaturahim masing-masing baik kepada keluarga, jiran tetangga, atau masyarakat yang lain.

Rasulullah SAW bersabda:

لَيْسَ الوَاصِلُ بِالمُكَافِئ، وَلكِنَّ الوَاصِلَ الَّذِي إِذَا قَطَعَتْ رَحِمُهُ وَصَلَهَا

“Bukanlah orang yang menyambung (silaturrahim) itu adalah orang yang membalas kebaikan orang lain setimpal sepertimana yang dilakukan kepadanya, akan tetapi penyambung itu adalah orang yang jika ada yang memutuskan hubungan dengannya, dia bertindak menyambungnya.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 5991)

Suami perlu mengambil jalan tengah untuk merapatkan jurang persengketaan apabila berlaku.

Lazimkan diri untuk mengamalkan budaya ziarah menziarahi dan bertanya khabar agar perhubungan ini kekal bertambah erat.

4. Memenuhi keperluan dan hak masing-masing

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 228 yang bermaksud:

“dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. DanAllah maha perkasa lagi maha bijaksana”

Terdapat beberapa hak yang wajib suami tunaikan ke atas isteri berdasarkan nas Al- Quran dan hadis Nabi antaranya hak mahar, hak nafkah, hak mendapat hubungan komunikasi yang baik, hak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar, hak terhadap harta sepencarian, dan beberapa hak asasi wanita yang lain.

5. Saling menghormati dan menjaga keaiban

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, daripada Abu Sa’id al-Khudriy RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya manusia yang paling jelik kedudukannya pada hari kiamat adalah seorang lelaki (suami) yang bercampur (bersetubuh) dengan isterinya, kemudian menyebarkan rahsia isterinya tersebut.”

Justeru, adalah penting untuk suami dan isteri menjaga aib dan kehormatan pasangan masing-masing dari diketahui oleh umum.

6. Memberi layanan yang baik

Suami tidak boleh menyakiti isteri dengan berperilaku kejam dan kasar terhadap isteri seperti memukul, menarik rambut, mendera dan lain-lain yang boleh mendatangkan kecederaan pada tubuh badan isteri.

Bahkan haram hukumnya bagi seorang suami memukul isteri walaupun niat suami itu untuk mengajar.

7. Memberi didikan agama yang cukup

Selain itu, suami bertanggungjawab untuk menjaga dan mendidik anak-anak serta isteri agar taat beribadah, berakhlak mulia, menghayati ajaran Islam, dan sebagainya.

8. Menasihati dengan lemah lembut dan berhikmah

Andai kata isteri ada melakukan kesalahan dan menguris hati kita, suami boleh untuk menasihatinya dengan cara yang berhikmah dan berlemah lembut.

Berdasarkan ayat al-Quran ini, antara langkah suami menasihati dan menegur isteri yang nusyuz ialah:

Menasihatinya secara berhikmah dengan tutur kata yang baik, kasih sayang dan berniat untuk dia menjadi lebih baik.
Jika masih tidak berhasil, suami boleh memukul isteri dengan pukulan yang ringan dan tidak mencederakan dengan niat untuk memberi pengajaran sahaja.

Jika masih juga tidak berhasil, suami boleh untuk mengasingkan tempat tidur daripada isterinya tersebut.
Namun, jika sekiranya nusyuz itu berlanjutan maka hendaklah difikirkan cara yang lebih sesuai untuk mengendalikannya iaitu melalui perundangan dengan mengikut prosedur undang-undang yang betul.

Tanggungjawab seorang isteri

Seorang isteri dikatakan menjadi pembantu kepada tanggungjawab suami dalam beberapa perkara dan menjadi individu yang berperanan dalam aspek hal ehwal rumah tangga.

Berikut adalah contoh antara tanggungjawab isteri dalam rumah tangga:

1. Taat kepada suami

Isteri adalah wajib untuk mentaati suami dalam hal-hal kebaikan dan bukannya dalam kemaksiatan kepada Allah yang melanggar hukum syarak yang telah ditetapkan.

Namun begitu, sebagai seorang suami kita hendaklah tidak memberatkan atau menyusahkan mereka seperti mana yang disebutkan dalam Surah An-Nisa, ayat 34:

“Jika isteri-isteri kalian mentaati kalian maka janganlah kalian mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.”

2. Memelihara dan mendidik anak-anak dengan baik

Isteri hendaklah bersatu hati dan bersama-sama dalam mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai oleh Allah di dunia dan akhirat.

Rasulullah SAW bersabda:

“Anak itu ibarat seperti kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi Nasrani, Yahudi ataupun Majusi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut tidak menyebut Islam, selain Nasrani, Yahudi dan Majusi. Ini kerana fitrah anak yang dilahirkan adalah Islam.

Justeru, di sinilah peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak menjadi yang terbaik.

3. Memenuhi keperluan dan hak masing-masing

Di samping itu, isteri juga bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan suami sama ada zahir mahupun batin.

Contohnya, apabila suami berkehendak kepada diri kita, maka wajiblah untuk kita melayaninya selagi mana ia dibenarkan oleh syarak.

4. Saling menghormati dan menjaga keaiban

Lumrah seorang lelaki, pasti ada ego yang tersendiri. Jika kita sebagai seorang isteri tidak betul-betul memahami corak fikir dan emosi mereka, kita akan mudah terjerumus dalam perhubungan yang tidak sihat seperti bergaduh, berselisih faham, atau sebagainya.

Tebalkan rasa hormat kepada suami dan jaga keaibannya dari orang lain. Jangan kita terikut-ikut dengan trend suka berkongsi hal rumah tangga di media sosial.

Hal ini kerana, menurut dapatan yang diperolehi masalah tersebut boleh menjadi salah satu punca keretakan rumah tangga iaitu bermula dari lisan para isteri yang tidak menjaga kehormatan suaminya.

5. Meminta keizinan suami

Suami sebagai ketua dalam rumah tangga, adalah menjadi tanggungjawab isteri untuk kita memberi laluan untuk meraikannya.

Misalnya dalam membuat keputusan, isteri harus mendapatkan pendapat suami dan keizinannya terlebih dahulu.

6. Sentiasa menyimpan rahsia pergaulan suami isteri

Hal hubungan intim suami isteri adalah rahsia yang tidak boleh diceritakan kepada orang lain.

Imam al-Ghazali menegaskan, setiap masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri atau sebagainya hanya boleh diluahkan kepada mereka yang layak untuk menyelesaikan masalah itu sahaja seperti kaunselor, ustaz atau ustazah, peguam, kawan rapat serta hakim ketika berada dalam kamar mahkamah.

7. Menjaga kehormatan diri terutama apabila suami tiada di rumah

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Nisa, ayat 34 bermaksud:

Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.

Aspek maruah tidak ada perkara yang boleh diremehkannya. Dalam Islam, seorang isteri itu wajib untuk menjaga kehormatan dirinya terutama apabila suaminya tiada.

Hal ini termasuklah dari segi tingkah laku, tutur kata dan maruh diri sendiri.

Kesan pengabaian terhadap tanggungjawab suami dan isteri

Pengabaian terhadap tanggungjawab suami dan isteri dalam perkahwinan boleh menyebabkan pelbagai kesan negatif.

Berikut adalah beberapa kesan yang mungkin berlaku apabila tanggungjawab suami dan isteri diabaikan:

1. Ketidakseimbangan dalam perkongsian tugas

Pengabaian tanggungjawab boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam perkongsian tugas harian antara suami dan isteri.

Ini boleh memberi tekanan tambahan kepada salah satu pihak yang terpaksa menanggung beban kerja yang tidak adil, yang boleh menyebabkan kekecewaan dan konflik dalam perkahwinan.

2. Hilangnya kepercayaan

Tanggungjawab adalah asas kepercayaan dalam perkahwinan. Jika salah satu pasangan terus mengabaikan tanggungjawabnya, pasangan yang lain mungkin kehilangan kepercayaan terhadapnya.

Kepercayaan yang terkorban boleh mencetuskan ketidakpastian dan merosakkan ikatan emosi antara suami dan isteri.

3. Perasaan tidak dihargai

Apabila tanggungjawab diabaikan, pasangan yang tidak memenuhi tanggungjawabnya mungkin menghantar mesej bahawa mereka tidak menghargai pasangan mereka.

Ini boleh menyebabkan perasaan tidak dihargai, merosakkan harga diri, dan menjejaskan keintiman dan kepuasan dalam perkahwinan.

4. Ketegangan dalam komunikasi

Pengabaian tanggungjawab boleh mencetuskan ketegangan dalam komunikasi pasangan.

Pasangan yang terpinggir mungkin merasa sukar untuk berkomunikasi tentang keperluan dan keinginan mereka, yang boleh menghalang penyelesaian masalah dan pemahaman yang baik di antara mereka.

5. Hubungan suami isteri bertambah buruk

Jika pengabaian terhadap tanggungjawab suami dan isteri berterusan, hubungan perkahwinan secara keseluruhan boleh memburuk.

Kekecewaan, ketidakpuasan, dan konflik yang berterusan boleh merosakkan ikatan emosi dan menyebabkan kehilangan kasih sayang di antara suami dan isteri.

Oleh itu, adalah penting bagi suami dan isteri untuk memahami tanggungjawab mereka dalam perkahwinan dan berusaha untuk memenuhi tanggungjawab tersebut.

Komunikasi yang terbuka, penghargaan terhadap keperluan pasangan, dan kerjasama dalam perkongsian tugas adalah penting untuk memelihara hubungan perkahwinan yang sihat dan bahagia.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini mengenai tanggungjawab suami dan isteri dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Tanggungjawab Suami dan Isteri Menurut Islam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit

Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah

Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker