Ketepikan sentimen peribadi, Ismail Sabri seru ahli UMNO undi calon BN

Ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu memberikan sokongan penuh kepada calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mana-mana individu yang dipilih adalah mewakili parti dan kekalahannya akan memberi kesan kepada parti secara keseluruhan.

“Kalau kita Umno dan BN, kita mesti anggap calon itu bertanding mewakili kita kerana dia bertanding atas parti kita, bukan bertanding sendiri, maka kita sebagai ahli parti mesti sokong calon yang mewakili parti.

“Tidak kisah siapa sahaja yang dicalonkan, kalau dia (calon) itu kalah bermakna keseluruhan parti itu kalah dan imej parti juga akan tercemar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan bekas ahli Pemuda Umno Bahagian Bentong Haslihelmy DM Zulhasli yang bertanding sebagai calon Bebas pada PRK DUN Pelangai, sebagai tanda protes terhadap keputusan BN mengetengahkan Amizar sebagai calon.

PRK DUN Pelangai pada 7 Okt ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amizar, Kasim Samat (Perikatan Nasional) dan Haslihelmy yang menggunakan simbol kereta.

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata Umno perlu membuat pascanilai dan perbincangan bagi mengenal pasti cara untuk menarik semula pengundi Melayu susulan prestasi parti itu pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri 12 Ogos lepas.

– Bernama

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit

Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah

Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker