Belum layak lelaki kahwin, gaji RM1,500 untuk tanggung ‘dua perut’
Dalam kegawatan ekonomi, ramai wanita menolak lelaki yang bergaji RM1,500 sebulan kerana dianggap tidak relevan untuk hidup berkeluarga dalam kos sara hidup yang tinggi kini.
Menerusi ciapan oleh @AbudiAlsagoff, individu tersebut bertanyakan kepada para wanita sama ada mereka terbuka untuk menerima lelaki yang meraih gaji RM1,500 sebulan.
Rentetan itu, ramai yang menganggap dan menolak lelaki bergaji RM1,500 kerana tidak cukup untuk menyara hidup sepasang suami isteri apatah lagi untuk membesarkan anak-anak sekeluarga.
“Jujurlah ya, aku nak sara diri aku RM1,500 tu pun tak cukup sebulan. Tu diri aku lah dengan komitmen semua. Bayanglah kalau lelaki nak kawin nak kena jaga dua perut macam mana? Kalau aku jadi lelaki, aku tak berani lagi nak kahwin,” komen MsAverRose.
“Sekarang barang semua naik. Gaji saya yang RM2,500 hingga RM2,800 pun rasa sempit lagi kan RM1,500 nak berkeluarga. Bukan tak bersyukur, tetapi stabil kan dulu,” komen Nur Aini.
“Saya dah anak dua. Duit RM1,500 cuma lepas bayar bil api, air dan hibah. Yang lain seperti bil telefon suami isteri, lampin pakai buang anak-anak, susu, internet, duit belanja dapur dan makan hari-hari semua tak lepas. RM1,500 memang tak cukup zaman sekarang,” komen Nabila.
“Tak ok. Beli barang dapur pun dah RM500 sebulan. Duit rumah, duit kereta. Duit minyak pergi kerja, keluar beli barang dapur. Api dan air isteri tolong, boleh lagi. Nak bagi mak kau belanja. Nafkah isteri macam mana?,” komen HunnyPelangi.
Walau bagaimanapun ada sesetengah wanita yang menganggap jika lelaki bergaji RM1,500 itu berusaha mencari pendapatan melalui kerja sampingan demi kelangsungan keluarga, ia masih boleh dipertimbangkan.
“Kalau itu sahaja sumber pendapatan dia, ‘big no’. Kalau belum kahwin, tunggu dulu sampao stabil sikit baru kahwin. Kalau dah kahwin, usaha ‘upgrade’ gaji. Cari kerja lain atau pendapatan sampingan. Yang penting rajin, bukan redha semata,” komen TilamSabut.
“Kalau dia usaha cari kerja sampingan lain bagus lah. Sentiasa ‘upgrade’ diri daripada sentiasa mencari alasan,” komen seorang pengguna lain
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ibarat beri kereta kepada monyet – TMJ
- Lelaki onani atas motosikal ditahan polis
- Muhyiddin semakin hilang peranan tertinggi dalam PN
- Saya bukan penyondol – Linda AF
- Turun dan lihat sendiri, bukan duduk kat rumah sambil makan beras import – Dr Akmal
- Erma beri amaran kepada Nabila Huda
- Radzi kena bertaubat lakukan qazaf – Khairuddin
- Ada suami minta cerai sebab isteri masak kurang garam
- Minyak masak berbotol jatuh dari langit, rezeki bergolek buat pengguna jalan raya [VIDEO]
- Menteri agama bidas Radzi Jidin buat tuduhan liwat atas PM
- Waris mangsa kemalangan maut saman Google Maps
- Bukan Sofyank – Mia Sara
- Pencen ahli politik perlu dimansuhkan dan ganti caruman KWSP
- Terkejut tengok bil, wanita Jepun panggil polis
- Isteri meninggal selepas sehari suami maut kemalangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.