Pihak lawan dah bermukim di Pelangai, BN jangan ambil mudah – Zahid

Pihak lawan dah bermukim di Pelangai, BN jangan ambil mudah – Zahid

Jentera BN diingatkan tidak terlalu selesa meskipun ‘di atas kertas’ nampak mudah bagi gabungan itu mempertahankan kerusi DUN Pelangai, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi BN itu berkata, jika berdasarkan jumlah undi diperolehi calon BN sebelum ini serta undi dimenangi calon PH, parti itu dilihat selesa untuk menang.



“Jangan pernah ambil mudah, dulu Allahyarham Datuk Seri Johari Harun dapat majoriti 4,000 lebih dan calon PH ketika itu dapat 2,000 lebih, di atas kertas jumlahnya memang melebihi 6,000.

“Tetapi jangan pernah terlalu yakin sebab pihak lawan telah bermukim di sini dan menggunakan pendekatan tidak melakukan ceramah besar-besaran.

“Apa kita lakukan mesti mengambil langkah-langkah antaranya mendekati dan merapati pengundi di Pelangai,” katanya ketika ditemui media di pusat penamaan calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, Bentong.

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Johari Harun dalam nahas pesawat ringan yang di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu.



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Sept sebagai hari penamaan calon dan 7 Okt sebagai hari pengundian.

Pada pilihan raya umum lalu Johari memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).

PRK kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon BN, Amizar Abu Adam, calon PN Kasim dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Sementara itu, Ahmad Zahid menaruh keyakinan penuh BN dapat mempertahankan kerusi itu, apatah lagi calon yang dipertaruhkan mendapat diterima baik masyarakat di sini.



“BN menaruh penuh harapan agar calon yang kita pilih ini sangat terkenal dalam kalangan orang Pelangai dan beliau juga adalah anak Felda tentunya lebih sikit 16,000 pengundi di Pelangai ini sangat mengharapkan agar dilakukan kesinambungan perkhidmatan sebagaimana yang dilakukan oleh Johari.

“Kita berterima kasih kerana rakan rakan dalam kerajaan perpaduan ini termasuk Datuk Seri Mohamad Sabu rakan-rakan yang lain, ini satu keserasian yang talah terbentuk , khususnya di Johor kami membantu mereka dan di sini, mereka pula membantu kita,” katanya lagi. Mk

Pihak lawan dah bermukim di Pelangai, BN jangan ambil mudah – Zahid

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker