Keputusan Zahid selamatkan Malaysia bukan PN

Keputusan Zahid selamatkan Malaysia bukan PN

Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan Gulam Muszaffar mengecam Pemuda PN kerana menganjurkan perhimpunan “Selamatkan Malaysia” pada 16 Sept dan menggesa Ahmad Zahid Hamidi didakwa semula.

Menyifatkan langkah PN itu “berfikiran sempit”, Gulam berkata Pemuda PN harus sedar bahawa presiden Umno merupakan orang yang menyelamatkan Malaysia di tengah-tengah kebuntuan politik selepas pilihan raya umum yang lalu.



“Saya ingin mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin Pemuda PN yang terlibat dan ‘haters’ (pembenci) Ahmad Zahid bahawa figura inilah yang sebenarnya menyelamatkan Malaysia daripada parlimen tergantung dan ketidaktentuan politik selepas PRU15.

“Keputusan berani Ahmad Zahid dilakukan demi negara untuk menjadi sebahagian dari Kerajaan Perpaduan yang dipinta oleh Yang di-Pertuan Agong telah menoktahkan segala kecelaruan politik ketika itu. Jangan lupa itu,” katanya seperti dipetik Umno Online.

Menurut ketua Umno Bahagian Batu itu, musuh politik Zahid marah dengan presiden Umno itu apabila dia mengutamakan kesejahteraan negara berbanding popularitinya sendiri.

“Dia miliki keberanian untuk bangsanya, tiada pertikaian. Walaupun hakikatnya dia tak didendang tapi dikeji, dihina, difitnah dan dimalukan sebagai presiden Umno.



“Sebagai seorang ahli Umno, kita wajib mempertahankan hujah bahawasanya Ahmad Zahid yang sebenarnya telah menyelamatkan Malaysia,” katanya.

Gulam turut mendakwa Pemuda PN mempunyai agenda tersembunyi di sebalik tunjuk perasaan pada 16 Sept itu bertujuan melindungi pemimpin mereka yang sedang menghadapi kes mahkamah.

“Mereka dengan harapan jika berubah kerajaan kes mahkamah mereka akan digugurkan. Itu gerakan dan objektif sebenar mereka,” jelasnya.

Sebagai langkah balas terhadap kempen “Selamatkan Malaysia” anjuran Pemuda PN, Gulam mencadangkan ahli Umno menganjurkan kempen “Mencari Menantu Midin Yang Hilang”.



Pemimpin akar umbi Umno itu merujuk kepada menantu Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, Muhammad Adlan Berhan yang dicari SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dalam pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing.

Pada 4 Sept lepas, mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid, yang juga timbalan perdana menteri selepas pihak pendakwaan menarik balik 47 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan Yayasan Akalbudi.

Dendam Mahathir, RCI memoir Thomas

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Kedah Shaiful Hazizy Zainol Abidin mengkritik Dr Mahathir Mohamad dan bekas peguam negara Tommy Thomas berkaitan kes Zahid yang disifatkan sebagai pendakwaan terpilih.



Katanya, pendakwaan Zahid menunjukkan terdapat ‘dorongan’ atau tekanan daripada Mahathir berdasarkan ‘dendamnya’ yang bermula sebelum pilihan raya umum ke-14 pada 2018.

“Umum mengetahui akan modus operandi Tun Mahathir yang sering menggunakan institusi perundangan sebagai perkakas beliau membunuh musuh politik.

“Arahan membubarkan Umno, Tun Mahathir sendiri berulang kali mengaku bahawa beliau mengancam Presiden Umno dengan meletakkan Umno sebagai tebusan.

“Ancaman ini juga terjadi akibat keresahan Tun Mahathir sendiri yang takut akan kemungkinan Umno akan kembali sebagai sebuah parti yang dominan pada waktu itu.



“Arahan jelas terhadap presiden Umno itu sendiri membuktikan bahawa wujudnya intimidasi dan ugutan politik terhadap Zahid,” katanya pada hantaran di akaun Facebooknya.

Shaiful menggesa kerajaan untuk menyegerakan pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap memoir Thomas, yang merupakan “satu-satunya harapan untuk mendedahkan kepada rakyat Malaysia kewujudan bekas pemimpin yang sangat kejam.”

Semalam, Mahathir menuduh Perdana Menteri Anwar Ibrahim cuba menimbulkan tanggapan bahawa Zahid telah dianiaya dan oleh itu mengaitkan isu dia meminta Zahid membubarkan Umno.

“Jika saya telah menyalahgunakan kuasa saya dan mengarahkan pendakwa raya (Jabatan Peguam Negara) pada masa itu untuk menekan Zahid, mengapa tidak seorang menteri kabinet atau pemimpin Pakatan Harapan, termasuk Anwar, mempersoalkan mengapa Zahid dihadapkan ke mahkamah,” soalnya.



Mahathir juga mengakui mengarahkan Zahid untuk membubarkan Umno tetapi menjelaskan bahawa dia berbuat demikian kerana yakin Zahid akan menggunakan parti itu sebagai rundingan “tawar-menawar” untuk mengelakkan pendakwaan. Mk

Keputusan Zahid selamatkan Malaysia bukan PN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla

Pengacara popular tak bayar gaji staff?

Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)

Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker