Adly menteri KPDN baharu – sumber

Adly menteri KPDN baharu – sumber

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari dijangka bakal dilantik sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup (KPDN) yang baru menggantikan Allahyarham Salahuddin Ayub.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beberapa sumber parti Amanah mengesahkan perkara tersebut.



“Pucuk pimpinan parti akan membincangkan perkara tersebut dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung pelantikan tersebut.

“Setahu saya, YB Adly akan diangkat menggantikan YB Salahuddin,” kata sumber.

Bagaimanapun, sumber menjelaskan calon pengganti Salahuddin itu bukan senator Dewan Negara.

Perkara yang sama dikongsikan beberapa sumber parti Amanah yang lain ketika ditanya perkembangan kekosongan portfolio tersebut berikutan kematian penyandangnya, Salahuddin.



Salahuddin, 61, yang juga bekas timbalan presiden Amanah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada malam 23 Julai lepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Adly, 52, juga satu-satunya naib presiden Amanah yang menang pada PRU15.

MP Shah Alam jadi timbalan menteri?

Bekas ketua menteri Melaka itu menang kerusi parlimen Alor Gajah dengan majoriti 890 undi dalam persaingan empat penjuru.



Selain memegang jawatan kanan dalam parti, sumber juga memberitahu bahawa Adly juga dilihat sebagai pemimpin muda yang mampu menyambung legasi pendahulunya.

“Dia pemimpin muda dan berpengalaman dalam kerajaan,” katanya.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi pucuk pimpinan Amanah untuk mendapatkan pengesahan.

Sementara itu, satu lagi sumber parti berkata Ahli Parlimen Shah Alam Azli Yusof akan diangkat sebagai timbalan menteri.



“Jika, Adly dijadikan menteri, maka, kekosongan jawatan timbalan menteri mungkin akan diisi oleh YB Azli.

“Apa pun, pucuk pimpinan akan membuat keputusan muktamad selepas berbincang dengan perdana menteri,” kata sumber itu. Mk

Adly menteri KPDN baharu – sumber

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla

Pengacara popular tak bayar gaji staff?



Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)

Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker