Nombor plat 888 berharga lebih RM6 juta

Nombor pendaftaran plat kereta 51K-888.88 dijual pada harga 32.34 bilion dong (RM6.24 juta) dalam lelongan secara online semalam, lapor portal berita VNEXPRESS.

Vietnam menganjurkan lelongan itu buat kali pertama sekali gus membenarkan orang ramai membida untuk nombor plat kereta.

Pada dua sesi pertama, dua nombor plat iaitu 19A-555.55 dijual pada harga tinggi iaitu 2.69 bilion dong (RM519,265) dan 30K-555.55 pula berharga 14.12 bilion dong (RM2.72 juta).



Pada penghujung sesi petang pula, nombor plat 51K-888.888 telah dijual pada harga 32.34 bilion dong.

Pembida perlu membayar 100,000 dong (RM19.30) untuk mendaftar dan membuat bayaran muka sebanyak 40 juta dong (RM7,721) untuk menyertai lelongan dan apabila lelongan selesai, wang muka itu dikembalikan. – Agensi

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA



Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya



Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker