Buat suntikan ‘filler’ di muka, wanita terima akibat jadi buta
Seorang wanita menjadi buta selepas menjalani suntikan ‘dermal filler’ (suntikan isian) yang dilakukan pada Julai lalu.
Susulan itu, Kementerian Kesihatan (MOH) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) Singapura sedang meneliti kes berkenaan, namun tidak dapat memberikan butiran lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.
“Insiden yang dilaporkan ini adalah kejadian buruk tempatan pertama hingga menyebabkan buta akibat suntikan ‘filler’,” menurut HSA.
‘Dermal filler’ diklasifikasikan oleh HSA sebagai peranti perubatan Kelas D iaitu kelas berisiko tinggi.
Media melaporkan, wanita itu diberi AestheFill, jenama ‘filler’ yang digunakan untuk memperbaiki kedutan dan lipatan muka buat sementara waktu melalui suntikan ke dalam lapisan bawah kulit muka.
AestheFill juga sudah didaftarkan di Singapura sejak 1 Oktober 2021.
Justeru, HSA kini sedang menyiasat sama ada terdapat sebarang kecacatan berkaitan kelompok yang mungkin menjejaskan keselamatan atau kualiti produk.
“Sekiranya terdapat sebarang isu berkaitan produk atau kelompok, HSA akan mengambil tindakan yang perlu seperti menarik balik produk yang terjejas atau memerlukan syarikat membetulkan isu itu,” menurut HSA.
Berikutan insiden itu, pengedar AestheFill, Parvus sudah melaporkan kejadian berkenaan kepada HSA pada 29 Julai sebagai mematuhi keperluan kawal selia HSA untuk syarikat melaporkan kejadian buruk dalam garis masa yang ditetapkan selama tempoh 10 hari. – AGENSI
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin diketepikan, Mahathir dilantik penasihat negeri diperintah PN
- Najib mahu AGC sahkan memo bocor benar-benar wujud dan tulen
- Syed Saddiq ayam jaguh tapi ekor bergelumang tahi
- Rasuah Jana Wibawa, Adam Radlan dibicara Mei tahun depan
- Chegubard mengaku ditangkap kerana gagal hadir membantu siasatan
- Fasha Sandha mandi dengan suami buat netizen jadi panas (Video)
- Anakanda Agong, Raja Permaisuri, tampan dan cantik
- Saya bersedia untuk poligami tapi dia tinggalkan saya – Fauziah
- ‘Mengapa kahwin dengan saya kalau nak jadi curang’!
- Ahli Parlimen Melayu DAP sokong perhimpunan “Selamatkan Malaysia”
- Anak Que Haidar macam Barbie (Video)
- Demo anti-Zahid pindah tempat, Kampung Bharu jadi ‘kambing hitam’
- Fasha kehilangan ramai ‘followers’ kerana ‘upload’ aksi ghairah
- Bekas menantu Zainal Abidin rayu jangan seksanya lagi
- Farid, Diana mahu rujuk semula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah
You must be logged in to post a comment.