Perarakan Keretapi Sarong Hari Malaysia lagi ramai dari Himpunan PN

Perarakan Keretapi Sarong Hari Malaysia lagi ramai dari Himpunan PN

Lebih 1,000 peserta berbilang kaum menyertai perarakan Keretapi Sarong Johor sempena sambutan Hari Malaysia di sini, hari ini.

Peserta yang terdiri dari pelajar sekolah, universiti, belia, ahli badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan berarak bermula dari Jalan Sengget sehingga ke Komtar JBCC dengan mengenakan sarong.

Perarakan Keretapi Sarong Johor ini merupakan kali pertama diadakan di bandaraya Johor Bahru bagi mengetengahkan budaya pelbagai masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Seorang peserta Alya Batrisyia Shaharudin, 19, berkata, dia amat teruja menyertai perarakan sambil mengenakan sarong.

Pelajar dari Universiti Islam Malaysia kampus Gambang berharap acara ini dapat diadakan setiap tahun bagi menanam semangat muhibah.

“Saya dapat tahu acara ini melalui media sosial dan kebetulan cuti semester jadi dapat saya datang bersama rakan-rakan.

“Gembira sangat dapat berkumpul sambil mengenal budaya kaum lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Seorang lagi peserta, Izz Amin Zaiful Aznoor, 16, dari Permas Jaya yang datang bersama rakan-rakan sekolah amat gembira kerana pertama kali menyertai festival ini.

“Berjalan di tengah pusat bandaraya sambil mengenakan sarong seolah-olah berada pada zaman silam,” katanya.

Himpunan PN pula yang konon nak selamatkan Malaysia cuma sekitar 300 orang saja yang berhimpun dan tidak pula mewakili rakyat Malaysia, cuma orang PN saja.

Perarakan Keretapi Sarong Hari Malaysia lagi ramai dari Himpunan PN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker