Pembunuh bersiri makan daging budak gelandangan

Seorang pembunuh bersiri di Zimbabwe mengaku dia membunuh kanak-kanak jalanan dengan memukul kepala mereka menggunakan batu sebelum makan daging mangsa.

Akhbar Daily Star melaporkan, suspek bernama Thandolwenkosi Ndlovu, 20, ditahan pada 4 September lalu dan dikaitkan dengan sekurang-kurangnya lapan kes pembunuhan di Harare, Zimbabwe.

Ndlovu berdepan lima pertuduhan membunuh dan cubaan membunuh di mahkamah majistret Harare

Suspek didakwa menyasarkan kanak-kanak gelandangan ketika mereka sedang tidur antara 28 Ogos hingga 4 September lalu.

Selepas membunuh mangsa, dia didakwa menghancurkan tengkorak mereka menggunakan batu. Lelaki itu juga dikatakan memotong anggota badan mangsa dengan kaca sebelum mengeluarkan kemaluan dan usus mereka.

Dia kemudian memasak dan memakan daging mangsa.

Jurucakap polis Zimbabwe, Asisten Komisioner Paul Nyathi mengesahkan bahawa Ndlovu dikaitkan dengan sekurang-kurangnya lima kes pembunuhan di Harare.

Dia juga disyaki terlibat dalam tiga pembunuhan lain di Bulawayo, kira-kira 450 kilometer dari Harare.

Media tempatan melaporkan bahawa pasukan penyiasat tidak menemui sebarang bukti setakat ini yang menunjukkan pembunuhan bersiri itu dilakukan untuk ilmu hitam.

Siasatan kes itu masih diteruskan. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker