Wanita penggal kepala suami selepas sebulan berkahwin
Wanita penggal kepala suami selepas sebulan berkahwin

JAKARTA – Seorang wanita di Banjar, wilayah Kalimantan Selatan ditahan kerana didakwa memenggal kepala suaminya selepas mangsa melempar anaknya ke dalam sungai, lapor laman berita Tribunnews hari ini.
Suspek dikenali sebagai FT, 28, bertindak demikian selepas mangsa, DI, bertengkar dengannya gara-gara cemburu.
Ketika kejadian, suspek, abangnya dan mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja mereka di sebuah kawasan hutan.
Suspek dan mangsa bertengkar disebabkan masalah cemburu, selain tindakan mangsa yang melempar anak tirinya ke sungai sebelum itu.
Ketua Polis Banjar, Asisten Komisioner Kanan Dr. Fadli berkata, mangsa memukul suspek sehingga terjatuh, menyebabkan emosi wanita tersebut memuncak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Dia dengan segera mengambil sebilah parang lalu memenggal kepala mangsa dan menetak lengan lelaki itu.
Suspek dibantu abangnya yang turut menyerang mangsa menggunakan parang dan keris.
“Kepala mangsa kemudian dibaling sejauh tujuh meter dari lokasi mayatnya,” kata Fadli.
Tambah Fadli, suspek dan mangsa baru sebulan berkahwin, manakala kanak-kanak yang dilempar itu merupakan anak suspek bersama suami terdahulu. – AGENSI
Wanita penggal kepala suami selepas sebulan berkahwin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.