Himpunan Selamatkan Malaysia: Lebih 2,000 peserta berarak ke IPD Dang Wangi buat laporan
Lebih 2,000 individu berbaju putih mula berarak dari kawasan Masjid Jamek Kampung Baru di sini sekitar 2 petang tadi bagi menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia, pada Sabtu.
Kumpulan itu berarak kira-kira dua kilometer melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kemudian ke Ibu Peiabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas solat Zohor berjemaah di Masjid Jamek Kampung Baru.
Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz ketika berucap sebelum kumpulan itu berarak berkata, antara tuntutan tersebut adalah menunjukkan bantahan ke atas keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari 47 pertuduhan rasuah dihadapi beliau.
“Justeru hari ini, kita akan berarak ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan berhubung tiga tuntutan kita,” katanya.
Turut hadir Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris dan aktivis pembangkang, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard.
Peserta perhimpunan itu turut melilit kain putih yang ditulis ‘#Selamatkan Malaysia’ di kepala serta memakai selendang bercorak ‘Jalur Gemilang’.
Jumaat lalu, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari berkata, mereka tidak akan berganjak dengan keputusan untuk mengadakan Himpunan Selamatkan Malaysia yang dijadualkan berlangsung di ibu negara.
Ujarnya, ketetapan itu dibuat dengan mengambil kira polis telah menerima notis penganjuran perhimpunan tersebut.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin diketepikan, Mahathir dilantik penasihat negeri diperintah PN
- Najib mahu AGC sahkan memo bocor benar-benar wujud dan tulen
- Syed Saddiq ayam jaguh tapi ekor bergelumang tahi
- Rasuah Jana Wibawa, Adam Radlan dibicara Mei tahun depan
- Chegubard mengaku ditangkap kerana gagal hadir membantu siasatan
- Fasha Sandha mandi dengan suami buat netizen jadi panas (Video)
- Anakanda Agong, Raja Permaisuri, tampan dan cantik
- Saya bersedia untuk poligami tapi dia tinggalkan saya – Fauziah
- ‘Mengapa kahwin dengan saya kalau nak jadi curang’!
- Ahli Parlimen Melayu DAP sokong perhimpunan “Selamatkan Malaysia”
- Anak Que Haidar macam Barbie (Video)
- Demo anti-Zahid pindah tempat, Kampung Bharu jadi ‘kambing hitam’
- Fasha kehilangan ramai ‘followers’ kerana ‘upload’ aksi ghairah
- Bekas menantu Zainal Abidin rayu jangan seksanya lagi
- Farid, Diana mahu rujuk semula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu
You must be logged in to post a comment.